Its Friday. and I'm loving it..yeah..
Banyak betul kejadian yang berlaku sejak akhir2 ni. Kejadian2 ni buatkan aku betul2 berfikir..untuk apa kita hidup sebenarnya?
Minggu lepas sempat aku pergi pesta buku dekat PWTC. Sebabkan aku tak suka membaca, jadi aku hanya membedal majalah fav aku iaitu.. majalah LIBUR! dan RAPI.. satu majalah pelancongan, satu lagu majalah kesihatan. oh, dua-duanya aku suka. sangat. tapi aku still kena tanamkan minat membaca buku lain. sebab aku nak ilmu. ilmu kan kene cari. sekarang tengah menganggur ni. nilah peluangnya untuk aku cari ilmu dengan membaca. harap2 aku boleh habiskan baca buku2 hadiah yang orang bagi tu. ada satu kotak lagi!
Ok, itu sebenarnya bukan pointnya. Lepas balik dari KL tu aku pun pergi ke Batu Pahat. Sebenarnya aku ada 1 misi khas pegi BP hari tu. waktu kat situlah aku dapat berita pasal kemalangan yang melibatkan anak2 pak cik Faizul Aris. and kawan aku Nurul Hanisah pun terlibat jugak! waktu tu aminah inform ada seorang meninggal. tapi tak sure siapa. berderau darah! Siapa kata orang muda tak mati?
Lepas dapat information yang sahih, sebuklah kami alumni Hidayah ni pergi melawat semua. Ye lah, bila orang dalam kesusahan kita kena tolong. Walaupun tak mampu dari banyak segi, sebab akhirnya hanya orang yang kena tu ajelah yang menanggung kesakitan, tapi sekurang2nya kita boleh bagi sokongan. Lawat diorang sebenarnya tazkirah untuk aku..
Yang terlibat dalam kemalangan dekat2 dengan Starhill dekat kempas ni 5 orang semuanya. Kancil berlanggar dengan lori yogurt. Pemandunya, Nurul Hafizah meninggal kat tempat kejadian. Jenazah dibawa ke Hospital Kulai dan disemadikan di Kuala Pilah. dengar cerita hampir 400 lebih orang datang pengebumiannya. tanda2 mati dalam keadaan yang baik! Yang duduk sebelah pemandu, Hanisah terkoyak telinga dan ada darah beku sikit dalam kepala. Hakimah masih di ICU. Hidayah dan Humaira' dah ok sikit tapi still di hospital.
Waktu dapat berita tu..aku jadi takut..sangat. Sebab waktu kat batu pahat tu naik kancil. jalan pulak berliku-liku. Allah.. Waktu tu lah aku rasa tawakkal aku sangat kuat. Baru 2 minggu lepas mak cik Napisah tinggalkan kita, sekarang Hafizah pula. betullah ajal tak mengira usia.
Sebenarnya setiap hari tu kita makin dekat dengan kematian kita. Ye, hakikatnya memang kita akan menyusul mereka. Kita akan meninggalkan keluarga yang sangat kita sayangi, harta yang sangat kita kasihi dan semuanya.. Jadi apa yang kita nak bawa dalam kubur nanti?
Allah, banyaknya dosa aku ni. Aku tak nak bawak dosa masuk kubur. Aku nak bawak benda baik2 je masuk kubur. Aku nak masuk syurga. Berikanlah aku rahmatMu ya Allah. Korang jom kita pegang tangan sama2 masuk syurga nak? Kalau ada antara kita yang dah nak pergi mengadap neraka, kita pusingkan kepala dia ke syurga pastu pimpin tangan dia masuk syurga sama2. Ya Allah, seronoknya kan?
Untuk apa kita hidup sebenarnya? Hidup ni kan, penuh dengan warna-warninya. Hidup itu satu rahmat. Walaupun kadang2 aku risau jugak dengan masa depan aku ni, yelah sebab aku mintak kerja pun tak ada pun yang panggil interview, aku nak cari scholar untuk sambung blaja pun tak jumpa lagi, nak kawen?? oh tidak, calon pun tak jumpa lagi. Risau kot, tapi aku masih bersyukur sebab dalam masa ni banyak aku muhasabah diri. sebab aku hidup bukan untuk semua tu. aku hidup nak cari Redha dan Rahmat Allah..
Hari tu ada ustaz tu cakap, kalau kita suka nak jumpa Allah, Allah pun suka nak jumpa kita. Jadi tak bolehlah takut sangat dengan mati. Kena selitkan sedikit perasaan suka untuk berjumpa Allah. Motivasi untuk kita!
Ok itu jelah. Post kali ni, aku guna 'aku' sebab post ni sebenarnya khusus untuk diriku. supaya aku sentiasa ingat. supaya aku sentiasa motivasi diri. supaya aku menjadi seorang hamba yang disukai Allah. Terima kasih Allah, untuk segala2nya.. Ya Allah, Kau matikanlah kami semua dalam keadaan yang baik. janganlah Kau matikan kami dalam keadaan berdosa.. ameeeen..
Al-fatihah untuk Almarhumah Nurul Hafizah Mohd Faizul Aris, Mak cik Napisah, Cek, Tok Ayah, Mek Ummi, Kak Diana dan seluruh muslimin dan muslimat..
Oh ya, Ya Allah sembuhkanlah penyakit mak cik Maimunah. Berikanlah kekuatan kepada anak2nya untuk menjaganya ketika sakit terutamanya Ezzati, my friend sehinggalah mak cik sehati semula. Be strong ye Ezzati! Semoga Allah berikan kekuatan untuk kita semua. Banyak lagi nak buat sebelum tutup mata ni.
Ya Allah panjangkanlah umur kami dalam ketaatan dan keimanan kepadaMu...
LIFE is SHORT
"dan nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..."
Friday, May 11, 2012
Friday, April 27, 2012
berjalan, bermusafirlah..
Hari ni rasa betul nak berjalan2. I mean nak bermusafir. Nak pergi jauh sikit, tempat yg x penah pergi lagi, stay 2-3 malam dengan beberapa orang kawan dan......... explore! sungguh best! kalau tak percaya trylah buat. Cuma sekarang ni aku dah tak ada duit masuk. dulu bplehlah jimat2 guna duit belajar. Sekarang aku kena cari sendiri. Tapi aku yakin, kalau aku betul2 nak Allah akan mudahkan.
Bukan apa aku ni masih duk teringat sebab kalau tak hari ni baru balik ke Malaysia daripada Aceh. Aku tak kecewa pun. Sebab apa yang Allah aturkan sebenarnya sangat baik untuk kita. kan? Jadi, aku pun melepaskan rindu dengan mengepost gambar2 favorite aku untuk melepaskan rindu..eceeeeeh..hehe..
botanical garden, Christchurch, New Zealand. Its winter. I wonder how it's look kalau spring..
Ini on the way from Christchurch to Queenstown. Tapi tak tahu tempat exact dia. First time tengok gunung tu, rasa macam nak menangis sebab cantik sangat.hehe
ni plak on the way from Rotorua to Auckland.
Just arrived at Coromandel. Tempat shooting Narnia 2. Ni view from atas. baru nak start 45 minutes walk to dia punya beach kat bawah.
Masih on the way untuk turun bawah. Hari kitaorang pergi first day puasa. tapi sebab dia winter taklah peluh sangat, jimat air dalam badan.haha..balik tu semua flattt..
Coromandel lagi.
View of Queenstown from top. Baru lepas seharian salji. putih bersih jadinya. First time pegang salji in my life kot. jakun.
Queenstown juga. Tapi gambar ni ambil from bilik penginapan kitaorang. Just before balik ke Christchurch semula.. Waaaa.. rindu New Zealand. Pemandangan dia Superb! Orang dia pun baik2. Terima kasih Allah. Sape2 nak pergi, silalah ajak ye!
King's Park dekat Perth. Hari ni lah kali pertama aku kenal winter tu macam mana. Nasib baik tak berlagak kebal tinggalkan winter coat kat rumah. Kalau tak, beku lahhhh..
Kitaorang bersuka-ria sebelum menghabiskan duit yang dah tinggal sikit kat Harbour town..
Diaorang ni lah secara tak rasminya jadi golongan pertama yang barsama aku pergi oversea. haha.
Ini kat pangkor. Eh pangkor pun best tau. Tapi jangan pergi waktu cuti sekolah, sebab mahal sikit. kat tempat ni lah first time aku ada family angkat.
Sekian sahaja untuk kali ni. Semoga Allah memanjangkan umur kita, murahkan rezeki kita, untuk pergi lagi berjalan dan tengok kebesaranNya.
P/s: jangan kita putus asa untuk berdoa. sebab Allah sangat suka orang yang suka berdoa. dan yakinlah, untuk Allah perkenankan doa kita tu sangatlah mudah untukNya. (pengajaran yang aku dapat minggu ni)
Have a blessed Friday. :)
| Reactions: |
Saturday, April 21, 2012
Peringatan yang besar!
Semalam sudah kami rancang nak lawat mak cik Napisah dan tengok Amal. Jadi kami berempat bertolak pukul 4 dari rumah. Tepat masanya kami sampai dah waktu melawat kat Hospital Sultan Ismail. Dengan hati-hati kitaorang mendekati katil mak cik. Sedihnya tengok mak cik. Keadaannya makin teruk daripada hari sebelum ni. Kebetulan waktu kitaorang pegi mak cik tersedak sebab kahak. Nurse pun datang sedutkan kahak.
eh, tak bestlah saya cite. tak feeling. tapi tak pelah. nak tulis jugak.
sempatlah kitaorang habiskan baca yasin. waktu saya urut kaki mak cik tu saya dah rasa macam sejuk sangat kaki mak cik. tapi kipas tak buka. boleh jadi juga sebab dah lama tak bergerak jadi kaki sejuk, macam arwah tok ayah dulu. Lepas dah lebih kurang 30 minit kat sana kitaorang pun salam dengan Amal. Seriusly kitaorang nak tolong sangat kalau ada apa yang boleh ditolong. nak bagi sokongan sangat kat Amal. nak cakap kat die 'you are not alone. you and your family are always in our doa'..
dengan hati yang gembira kitaorang pun balik. eh, mestilah gembira sebab dapat jumpa kawan2. lagipun ziarah orang sakit kan benda baik, sape tak suka buat benda baik kan? Elok je malam tu dah penat sangat memang tidur nyenyak betul tapi dalam pukul 12 lebih terjaga sebab banyak betul bunyi msg masuk. dan bila baca msg tu memang tergamam dan tak boleh tidur. Mak cik Napisah dah meninggal. Innalillahiwa inna ilaihi raji'un...
Mak cik Napisah yang berbaju biru.
Terus teringat mak cik waktu sehat2 dulu. Mak cik ni sangat kembut orangnya. Bila bercakap penuh hikmah. betul tak tipu. Buktinya tengoklah Amal. Anak yang didiknya ada peribadi yang menyenangkan. Sama macam mak cik. Yang paling saya ingat kata2 mak cik sebelum pergi New Zealand hari tu
Kalau tengok benda cantik jangan lupa zikir pada Allah. doalah biar kita dapat syurga yang lebih cantik'
Waktu kitaorang nak pergi New Zealand hari tu pun Amal kata mak cik yang banyak bagi cadangan. Memang pun. Waktu mak cik hantar Amal, dia cakap 'rugilah pergi New Zealand tapi tak jalan betul2' jadi memang kitaorang jalan betul2 hari tu.
Pastu kalau jumpa mak cik kat program, Amal tak ada waktu tu, dia akan cakap macam ni 'bila tengok korang teringat kat Amal'
Mak cik, kitaorang akan rindu dekat mak cik. Kalau dulu saya tiba2 teringat kat atuk, saya akan sedekahkan alfatihah untuk tok ayah, cek, mek ummi dan kak diana. Sekarang insha Allah akan doakan untuk mak cik sekali.
Bila kita tengok orang mati, memang kita akan teringat macam mana pula bila turn kita nanti kan? saya tengok tadi ramai sangat datang rumah mak cik, baca yasin. tu belum yang sama2 pergi kebumikan lagi. Dekat facebook pun ramai yang doakan. untunglah mak cik. ramai saaaaangat doakan mak cik. Mak cik, tenanglah disana. Semoga kubur mak cik, tok ayah, cek, mek ummi, kak diana diluaskan seluas2nya. Semoga kalian dijauhkan dari azab kubur dan azab api neraka.
untuk kita yang masih hidup, live to the fullest! banyak kita buat amal jom. sebab nanti kita pun akan mati jugak. sebab tu lah saya nak jadi lecturer. Sebab saya rasa bila jadi lecturer nanti, saya boleh buat banyak sikit bekal nak masuk kubur nanti. pastu saya sangat harap orang ramai datang untuk 2 majlis, majlis kahwin saya dan majlis pengebumian saya.
Amal, amal sangat tabah! Be strong dear, Allah knows you can do it. and kerana syurga itu mahal harganya. Kalau nak kitaorang tolong apa2 silalah roger. kiteorang ready untuk tolong sedaya upaya insha Allah, because we love you!
'sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan'
Al-fatihah untuk mak cik Napisah..
eh, tak bestlah saya cite. tak feeling. tapi tak pelah. nak tulis jugak.
sempatlah kitaorang habiskan baca yasin. waktu saya urut kaki mak cik tu saya dah rasa macam sejuk sangat kaki mak cik. tapi kipas tak buka. boleh jadi juga sebab dah lama tak bergerak jadi kaki sejuk, macam arwah tok ayah dulu. Lepas dah lebih kurang 30 minit kat sana kitaorang pun salam dengan Amal. Seriusly kitaorang nak tolong sangat kalau ada apa yang boleh ditolong. nak bagi sokongan sangat kat Amal. nak cakap kat die 'you are not alone. you and your family are always in our doa'..
dengan hati yang gembira kitaorang pun balik. eh, mestilah gembira sebab dapat jumpa kawan2. lagipun ziarah orang sakit kan benda baik, sape tak suka buat benda baik kan? Elok je malam tu dah penat sangat memang tidur nyenyak betul tapi dalam pukul 12 lebih terjaga sebab banyak betul bunyi msg masuk. dan bila baca msg tu memang tergamam dan tak boleh tidur. Mak cik Napisah dah meninggal. Innalillahiwa inna ilaihi raji'un...
Mak cik Napisah yang berbaju biru.
Terus teringat mak cik waktu sehat2 dulu. Mak cik ni sangat kembut orangnya. Bila bercakap penuh hikmah. betul tak tipu. Buktinya tengoklah Amal. Anak yang didiknya ada peribadi yang menyenangkan. Sama macam mak cik. Yang paling saya ingat kata2 mak cik sebelum pergi New Zealand hari tuKalau tengok benda cantik jangan lupa zikir pada Allah. doalah biar kita dapat syurga yang lebih cantik'
Waktu kitaorang nak pergi New Zealand hari tu pun Amal kata mak cik yang banyak bagi cadangan. Memang pun. Waktu mak cik hantar Amal, dia cakap 'rugilah pergi New Zealand tapi tak jalan betul2' jadi memang kitaorang jalan betul2 hari tu.
Pastu kalau jumpa mak cik kat program, Amal tak ada waktu tu, dia akan cakap macam ni 'bila tengok korang teringat kat Amal'
Mak cik, kitaorang akan rindu dekat mak cik. Kalau dulu saya tiba2 teringat kat atuk, saya akan sedekahkan alfatihah untuk tok ayah, cek, mek ummi dan kak diana. Sekarang insha Allah akan doakan untuk mak cik sekali.
Bila kita tengok orang mati, memang kita akan teringat macam mana pula bila turn kita nanti kan? saya tengok tadi ramai sangat datang rumah mak cik, baca yasin. tu belum yang sama2 pergi kebumikan lagi. Dekat facebook pun ramai yang doakan. untunglah mak cik. ramai saaaaangat doakan mak cik. Mak cik, tenanglah disana. Semoga kubur mak cik, tok ayah, cek, mek ummi, kak diana diluaskan seluas2nya. Semoga kalian dijauhkan dari azab kubur dan azab api neraka.
untuk kita yang masih hidup, live to the fullest! banyak kita buat amal jom. sebab nanti kita pun akan mati jugak. sebab tu lah saya nak jadi lecturer. Sebab saya rasa bila jadi lecturer nanti, saya boleh buat banyak sikit bekal nak masuk kubur nanti. pastu saya sangat harap orang ramai datang untuk 2 majlis, majlis kahwin saya dan majlis pengebumian saya.
Amal, amal sangat tabah! Be strong dear, Allah knows you can do it. and kerana syurga itu mahal harganya. Kalau nak kitaorang tolong apa2 silalah roger. kiteorang ready untuk tolong sedaya upaya insha Allah, because we love you!
'sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan'
Al-fatihah untuk mak cik Napisah..
| Reactions: |
Thursday, April 19, 2012
What a day!
Don't ask for my opinion if you are not going to listen.
Ya Allah please forgive me. Rasa banyak dosa hari ni.
Cukup membuktikan kita eh silap saya manusia yang tak sempurna.
Kata-kata untuk hari ni,
Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan bersangka baik dengan Allah.
Kekuatan dan kesabaran, sila datang kepadaku dan jangan pergi2.
| Reactions: |
Monday, April 16, 2012
out of control..
patutnya pegi aceh rabu ni, 18 april. tapi terpaksa kitorang batalkan sebab gempa bumi hari tu. kalau ikutkan hati muda kitaorang ni memang kitaorang nak redah je. ape nak jadi, jadilah. tapi sebagai seorang anak, kite kenalah ikut cakap mak ayah kita kan? sebabkan kiteorang semua anak2 yang taat, kitaorang pun batalkanlah.huahh..sedih sebenarnya.
dah kemas pun baju first stage. tapi tak apalah memang Allah tak izinkan lagi untuk pergi tahun ni. Kerugiaan dianggarkan dalam RM 200. oklah tu. tak banyak sangat. semoga allah bagi peluang lagi kat kitaorang untuk pergi lagi kat sana lawat semula kawan2 kat sana dan adik2 darul aytam kat sana.ameeeen..
_______________________________________________________
alhamdulillah kami sekeluarga diberi peluang untuk melawat ke Sabah! 2 kali kitaorang pegi shopping kat sana.hehe. pegi snorkling, pegi kundasang. tapi tapi tapi sebenarnya 3 hari 2 malam tak cukuplah untuk kitaorang ni. rushing sangat kot. nasib baik sempat kitaorang kejar flight balik. dan memang meletihkan.
bila saya tengok pemandangan yg cantik kan, mesti saya teringat mak cik Napisah. sebab mak cik pesan, kalau nampak yang cantik2 doalah semoga kita dapat syurga yang lebih cantik daripada ni.. Ya, semoga kita dapat syurga yang lebih cantik! dan semoga allah beri lagi peluang kepada kami sekeluarga untuk berjaulah lagi..
| Reactions: |
Tuesday, April 10, 2012
pusing kanan pusing kiri
Salam semua. diari seorang penganggur. tapi tak berapa nak menganggur sebab banyak jugak benda yang kena buat kat rumah ni. Cuma kadang2 terfikir juga agak2 sampai bila eh aku macam ni? tapi yang bestnye kerja pun tak mintak lagi. master pun sama. konon-konon nak rehat tapi....entahlah.
mungkin sebab bulan april ni ada 2 projek mega! aha..ape dia? nantikan. eleh macamlah korang nak tahu kan? hehe.
tapi aku rasa macam kenalah jugak fikirkan masa depan kan? cuma aku rasa macam tak best sebab banyak benda yang aku nak buat dan benda tu semua tak pasti. oho. sekarang cuma satu doaku semoga Allah berikan yang terbaik. dan aku kena berusaha! takkan nak duduk rumah sampai bila2 kan? pusing kanan..pastu pusing kiri..hehe
| Reactions: |
Subscribe to:
Posts (Atom)










