Wednesday, February 29, 2012

Dimanakah Islam di hatiku?

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang (asing)”. (Hadith riwayat Muslim)

Islam sekarang asing dah ke? Kalau fikir sekarang semua orang dah kenal Islam. Tapi tak semua yang betul2 faham dan ambil Islam secara keseluruhannya. Saya nak jadi orang yang beruntung tu!

Realitinya sekarang banyak betul masalah. Kat Palestin tak habis2 lg perang orang Islam dengan tentera yahudi laknat tu. Tapi tengoklah semangat rakyat Palestin. Tak pernah jemu nak bebaskan bumi diaorang.

Lain cerita kat Syiria. Syiah lawan Sunni. Islam lwn Islam. Sangat kejam kot. Semoga Allah memberikan kekuatan pada pihak yang betul. Janji Allah itu pasti! Akhir zaman ni, kita akan lihat nanti Islam akan dijulang!

Kat Malaysia? macam biasalah masalah politik, masalah sosial dan bykkk lg. Dan inilah yang menuntut kudrat kita. Mari kita mainkan peranan untuk mencorakkan generasi yang lebih baik.

Tadi sempat dengar Prof Muhaya bagi ceramah kat IKIM.fm. Tajuknya mengenai remaja. Dia cakap kita ni, bila remaja je mesti kita kaitkan dengan masalah sosial. Cuba kita jadi orang yang positive. Ramai lagi remaja yang solat kt shopping mall awal waktu, ada lagi remaja yang pergi solat jemaah di Masjid.

Remaja yang dimaksudkan ialah manusia yang berumur antara 14-21 tahun. Tahap ni lah orang paling banyak kudratnya tapi kurang ilmu. Bila dah tua kudrat dah sedikit, tapi ilmu dah banyak. Dah tua lagi, kudrat dah tak ada, tapi pengalaman sangat banyak. Jadi apa maknanya? Semua peringkat ni perlu bergabung dan menolong untuk mengatasi kelemahan masing2. Sungguh Allah tak ciptakan sesuatu dengan sia2 kan.

Jadi, kita kenalah mainkan peranan jugak kan? Oho sungguh inginlan syurga sebab kat syurga kan tak ada orang tua pastu mesti tempat tu sangat2 aman. tempat impian setiap orang yang waras! ;)

Monday, February 27, 2012

Akhirnya tiada lagi fyp..

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang Allah berjaya juga saya dan rakan2 habiskan fyp. So, secara tak langsungya kami dah pun grad daripada UIA. Alhamdulillah. Sekarang tinggal tunggu result fyp yang akan keluar 14 Mac ni. Then, tunggu konvo pulak. Ada orang cakap certificate dah habis balajar daripada Uia dapat nanti lepas konvo jadi kena tunggulah tarikh keramat tu.

Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana memberi saya peluang ini. Insha Allah 1 Mac ni saya akan memulakan tugas sebagai warden. Sebenarnya memang saya tak bersedia nak bekerja. Sekarang tengah mood nak berehat. Tapi banyak masa lapang tu kan tak elok. Apa nak jawab dengan Allah kalau Allah tanya 'kamu buat apa dengan masa kamu sebab banyak sangat masa lapangnya?' Saya ambil kesempatan ini untuk menabur bakti kepada masyarakat. Ecehhh.. macam ahli politik pula. Semoga usaha saya yang sedikit ini diberkati dan boleh menjauhkan saya daripada api neraka.

Nampaknya dah tiada urusan di UIA melainkan clearance dan konvo. Sungguh saya merindui UIA tapi hidup mesti diteruskan. Terima kasih UIA!

Selesai fyp poster exhibition hari tu kami dah bersalam-salaman dan minta maaf semua. Oh, syahdunya suasana tu. Ada sorang kawan Bangladesh saya namanya Malisha, dia minta maaf sungguh2 sampai menangis. Ohoo. Malisha, moga kita berjumpa lagi!

Saya ingin meminta maaf kepada semua classmates saya, budak2 commu, department-mates saya, budak2 CIE, engineering students batch of 072, all engineering students, all UIA students and beloved lecturers. Silalah maafkan segala kesalahan dan kekhilafan diri saya ini. Saya takut ada dosa yang tak settle lagi yang boleh mengheret saya ke neraka. Dan terima kasih banyak2 atas segala jasa anda! Semoga Allah memberikan sebaik2 balasan.

Kepada bekas-bekas Roomates saya yang sangat best, Program-mates saya, X-Fair Enginius, Ausmex, WISH, BRC, MRC, Usrahmates saya dan semua yang saya sayang sungguh saya terima kasih atas segala2nya dan mohon maaf atas segalanya. Terima kasih kerana sudi menadah telinga mendengar bebelan saya. Terima kasih, terima kasih.


Mari kita sama2 mengorak langkah. Biarpun jalan kita berlainan tapi destinasi kita tetap sama. Semoga Allah pertemukan kita semua lagi dalam keadaan sama2 hebat. Semoga Allah lindungi korang walau dimanapun korang berada. Jumpa time konvo nanti, insya Allah. :)





Friendship bracelets.. Till we meet again friends. Ain, Aten, Khai, Nisaa and Yun. Commu batch of 072



Kitorang lagi. Memang kitaorang suka bergambar.



Last day of Communication Lab. Gonna miss this moment. Tapi dah tak sanggup nak mengadap MATLAB. Thank you sir Rashid sebab sanggup ajar kitaorang especially me yang susah nak faham ni.



My Usrahmates yang bising. Sungguh merindui usrah yang bising ni..



Committees of WISH'11. Oho waktu program ni agak kelam kabut. So, minta maaf korang kalau ada terkasar bahasa. Ni baru Biro Public Relation.



BRC blok D. Korang memang supportive. Terutamanya adik-adik semua. Siap buat makan2 sebelum habis sem hari tu. Terima kasih korang, Jangan lupa buat program best2 untuk blok kite eh.



Teman2 sepraktikalku. Waktu praktikal ni banyak betul benda berlaku dan banyak betul pengajaran yang saya dapat. Sorry for everything ye korang!



Part of kawan2 Xfair Enginius. Sebelum ni memang kitaorang tak kenal satu sama lain. Alhamdulillah Allah temukan kita dan memang jadi rapat betul. Terima kasih Allah..



Lepas habis presentation FYP. Student of Department of ECE. Tapi tak semua. Waktu ni hati tengah bercelaru kot. hehe. Klaka2..



Lepas FYP Poster Exhibition.

Sejak kamera kena curi ni rajin kan saya upload gambar? Tak mahu menyesal nanti.hehe.

Ya Allah rahmatilah sahabat2ku semuanya sekali..


Saturday, February 11, 2012

Siapa tak nak hidup bahagia?

Semalam pergi ceramah Ustaz Hasan Din sempena maulidur rasul. Tajuknya membina keluarga bahagia. Pergi dengan orang2 tua, sesuai lah tu tajuk tu. Untuk yang telah berkahwin, akan berkahwin dan nak berkahwin, ini sedikit input yang dapat semalam. Sebenarnya saya tak suka sangat tajuk ni. Ingat ceramah pasal kehidupan nabi, tapi dah pergi rugilah kalau balik tak dapat apa-apa kan?


Jom bahagia hingga ke syurga.

4 faktor bahagia
1. Isteri yang solehah
2. Anak-anak yang baik
3. Sahabat yang baik, yang mengajak kepada kebaikan
4. Rezeki yang halal
Ustaz tu adalah bagi dalam bahasa arab. Rasanya sumber hadith tapi tak sure.

Ramai sebenarnya nak bahagia tapi jalan-jalan yang dipilih bukan jalan bahagia. Nak bahagia kena ikut cara nabi. Sungguh nabi itu contoh teladan yang baik. Nak berkawan, meminang, kahwin semua nabi dah tunjukkan. Hakikatnya sekarang ramai yang buat tak peduli je.
Bila kita berdua-duaan yang ketiga itu adalah syaitan. Haih, dah jelas dah ayat ini, tapi kenapa dating lagi? Kat Kisas tak belajar ke? Hmmmm. Sorrylah emo sikit. hehe

Menurut ustaz tu, 2 sebab tak bahagia
1.Ego
2. Jahil. Tak tahu kenapa kahwin


Berdoalah semoga dikurniakan hati yang bahagia..

Ustaz tu tambah lagi. Nak bahagia, jangan menipu dalam perkahwinan. Mesti telus dan banyak berkongsi. Yang paling penting tahu peranan masing-masing. Ok, mari kita lihat apa itu peranan korang yang dah kahwin ni.
Peranan suami, dalam tiga aspek

1. Materialistik. Part ni saya suka. Ustaz tu cakap suami WAJIB membelanjakan sebahagian daripada harta untuk isteri dan anak-anak. Kalau isteri ada pencungkil gigi pun, benda tu kena guna duit suami tau! Mungkin betul kalau orang cakap 'duit suami duit aku juga tapi duit aku duit akulah' haha.

2. Fizikal
-keselamatan (Nak lintas jalan pun tanggungjawab suami tuh..haha)
-kesihatan
-kehormatan
3. Spiritual atau kerohanian
Iaitu mendidik isteri jadi isteri solehah yang taat pada Allah, Rasul dan suami.

Peranan isteri
1. Taat
-buat apa suami suruh
-tinggal apa suami tak suka
- tunai apa suami minta

2. Hormat dalan 2 aspek
1. Perkataan
-gaya bahasa
-nada suara
-jumlah bilangan perkataan. Jangan bercakap lebih daripada suami. Tak dibenarkan
membebel kat suami. Jadi, sebelum kahwin sila membebel puas-puas.haha
2. Perbuatan
Untuk maklumat terperinci sila rujuk surah an-nisa ayat 34



Selamat berbahagia semua!

Kesimpulannya,

1. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Allah bagi orang yang sesuai dengan kita


Firman Allah:


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]


2. Jangan main-main dengan perkahwinan. Sebab kahwin ni soal tanggungjawab. Berat tu. Soal dosa pahala, soal syurga neraka. Kalau gagal didik isteri, masuklah neraka kedua-duanya. Jadi, kena ambil berat soal ni.


3. Islam itu sangat halus dan menyeluruh. Soal duit pun ada dalam al-quran. sepatutnya tak timbul soal gaji isteri, suami kedekut kalau kita benar2 ikut apa Allah suruh.

So, selamat berkahwin..hehe Selamat berbahagia. Saya rasa bahagia bila berjalan melihat kesebaran Allah. Anda pula?


Bahagia itu lahir dari hati. Bila bahagia pasti tersenyum. Tapi jangan disangka orang yang senyum itu semuanya bahagia. Selamat mencari bahagia! :)

Thursday, February 9, 2012

bila dah tua nanti..



Assalamualaikum..

Sekarang ni my nenek,which I used to call her 'mek' ada kat Johor. Mek ni sangat cool ok. tapi sedikit penakut..hehe.. sebab pejam mata waktu snorkeling hari tu.kahkah. Pernah sekali kitaorang adik beradik tanya kat mek, 'Mek, ada anak raja nak kawen dengan mek ke dulu-dulu?' dengan selambanya mek jawab 'Mek nak kawen dengan anak raja, tapi anak raja yang tak nak dekat mek' haha..



Inilah mek yang nak kawen dengan anak raja tapi anak raja tak nak.hehe

Semalam pergi buat spek mata yang baru untuk mek. Mek kata pagi-pagi dia selalu tak nampak tulisan. Jadi tak dapatlah nak baca al-quran. Bila dah tengahari baru ok sikit. Itulah sindrom2 menjadi orang tua.

Mek lagi. I wonder how do I look bila dah tua nanti eh?

Jangan dilupakan, kalau kita panjang umur kita pun akan tua juga. Tiba-tiba membayangkan diri jadi tua. Kecik-kecik lagi dah rabun. Agak-agak dah tua nanti ada lagi ke spek mata untuk saya eh? Sebab tuhlah kan kecik2 dah kena hafal al-quran. Supaya tua-tua nanti bila dah sakit, ayat al-quran sentiasa kat mulut.

Nampaknya dah kena start menghafal sekarang. bekalan untuk hari tua dan kat kubur nanti. takkan nak bawak lagu korea masuk kubur kot. Marilah kita sediakan bekalan mulai dari sekarang. Semoga usaha kita yang sedikit ni membantu kita di kemudian hari.

Tuesday, February 7, 2012

My 24th year old day.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang diberikan. Sebenarnya banyak sangat nikmat yang Allah bagi tapi sebab hari-hari depan mata kita, kita lupa nak bersyukur sampailah Allah hilangkan sekejap.

Banyak hari yang berlalu yang saya rasa aku dah lupa untuk bersyukur. Mungkin sebab terlalu stress dengan fyp. Sampai ummi tanya 'projek macam mana' pun dah berair mataku. Tapi Allah maha Pengasih.. macam mana Allah cakap dalam al-quran 'sesungguhnya berssama kesusahan itu kesenangan' , saya dapat kekuatan yang baru.

Balik ke Johor buat saya lebih hargai kehidupan. Melihat orang disekeliling yang diuji dengan ujian yang lebih hebat buat saya rasa malu. Baru FYP, tapi saya dah menggelabah sakan. Ya Allah ampunilah aku.

Kali ini ingin sekali saya kongsikan pengalaman pada Hari Lahir yang ke 24. Macam mana url blog ni ditulis well I guest orang dah tahu my DOB kot.

Alhamdulillah diberi nikmat untuk hidup lagi sehingga tahun ke 24 bersama nikmat yang terbesar iaitu islam dan iman. Ada orang yang umurnya hanya sejam di dunia. Tapi saya dah 24 tahun! rasa macam dah tua pulak. Tak macam tahun sebelum ni yang mana saya sangat looking forward for my birthday. A day before mesti macam 'sapelah yang wish nnt' tapi tahun ni macam kurang sikit perasaan. ini semua salah FYP.hehe. Siap cakap dalam hati 'ade ke orang nak ingat besday aku ni. Kalau ada orang ingat pun dikira bagus' hehe. Padahal seminggu sebelum habis semua orang saya ingatkan.haha.

Saya sangat bertuah kerana dikelilingi oleh orang2 yang sweet. Pagi2 lagi ummi ajak pergi jusco beli hadiah. Tengahari pulak kawan2 sekolah belanja makan. Mahal tu.. hehe.. Terima kasih korang. dan awal2 lagi dapat early birthday present from my bff kat uia, aini dan adah. terima kasih!! Semoga allah melimpahkan kasih sayang ke atas korang semua. Ya Allah, berikanlah mereka dan saya segala kebaikan didunia dan akhirat.

Sehari selepas besday, a family trip to Pulau Tioman. Best sangat2. Family is the best medicine. Believe me! semangat semula.. Terima kasih ya Allah atas semua rahmatMu. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur.

Satu ucapan yang saya sangat..sangat..sangat..sangat..sangat..sangat.. suka.. daripada mak cik yati, mak mun.

Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Ameeen. Ya Allah perkenankanlah doa ini.

Sekarang mari kita layan gambar. Sebab saya memang suka gambar..



Early birthday present daripada Bik Ani dan Adah. Diorang memang tak pernah lupa birthday saya. Terima kasih korang.



Inilah hadiah dalam bungkusan tu. Sepasang kasut tumit tinggi, buku 'jadilah wanita paling bahagia' dan... thumbler. Thumbler tu saya tak dapat waktu beli buku chicken soup hari tu. memang saya teringin sangat. terima kasih bik..


So sweet kan?



3 FEBRUARI 2012



Ni meja depan. My sweethearts. Ezzati yang dah lama tak jumpa pun datang. Sungguh sweet.



Inilah kitaorang kat JJ Bukit Indah. Sambut sekali Birthday Si Nofi Yuna yang pakai baju hitam tu. dah jadi macam kedai kitaorang. Asma pun ada. Siap dapat kek batik buatan thuraiya yang sungguh enak. Korang memang sweet!!

Kami.. 03 02 2012.. Ya Allah berikanlah mereka kasih sayangMu dan berikanlah mereka segala kebaikan di dunia dan akhirat.



Terima kasih Byah! Siap ada love lagi tau!



FAMILY OUTING AT PULAU TIOMAN


After snorkeling. Sungguh best! Sebab orang2 tua pun terjun sama. My nenek pun sama. Walaupun nenek saya takut, dia tetap comel. Saya tanya 'mek nampak ikan tak' Mek jawab 'Tak nampak.. pejam mata..takut..' hehehe



Ohana means family. I really hope that at least once dapat ambil gambar cukup semua adik beradik.


Untuk nikmat yang tak terhingga ini, sungguh saya bersyukur kepada Allah. Saya abadikan dalam blog supaya saya sentiasa ingat nikmat ini dan sentiasa menjadi seorang yang bersyukur.. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya di hari lahir saya yang lepas. korang memang best! Betul seronok ramai orang doakan kita. I feel blessed. May the good Doa returns to them.

Terima Kasih Allah.