Saturday, February 11, 2012

Siapa tak nak hidup bahagia?

Semalam pergi ceramah Ustaz Hasan Din sempena maulidur rasul. Tajuknya membina keluarga bahagia. Pergi dengan orang2 tua, sesuai lah tu tajuk tu. Untuk yang telah berkahwin, akan berkahwin dan nak berkahwin, ini sedikit input yang dapat semalam. Sebenarnya saya tak suka sangat tajuk ni. Ingat ceramah pasal kehidupan nabi, tapi dah pergi rugilah kalau balik tak dapat apa-apa kan?


Jom bahagia hingga ke syurga.

4 faktor bahagia
1. Isteri yang solehah
2. Anak-anak yang baik
3. Sahabat yang baik, yang mengajak kepada kebaikan
4. Rezeki yang halal
Ustaz tu adalah bagi dalam bahasa arab. Rasanya sumber hadith tapi tak sure.

Ramai sebenarnya nak bahagia tapi jalan-jalan yang dipilih bukan jalan bahagia. Nak bahagia kena ikut cara nabi. Sungguh nabi itu contoh teladan yang baik. Nak berkawan, meminang, kahwin semua nabi dah tunjukkan. Hakikatnya sekarang ramai yang buat tak peduli je.
Bila kita berdua-duaan yang ketiga itu adalah syaitan. Haih, dah jelas dah ayat ini, tapi kenapa dating lagi? Kat Kisas tak belajar ke? Hmmmm. Sorrylah emo sikit. hehe

Menurut ustaz tu, 2 sebab tak bahagia
1.Ego
2. Jahil. Tak tahu kenapa kahwin


Berdoalah semoga dikurniakan hati yang bahagia..

Ustaz tu tambah lagi. Nak bahagia, jangan menipu dalam perkahwinan. Mesti telus dan banyak berkongsi. Yang paling penting tahu peranan masing-masing. Ok, mari kita lihat apa itu peranan korang yang dah kahwin ni.
Peranan suami, dalam tiga aspek

1. Materialistik. Part ni saya suka. Ustaz tu cakap suami WAJIB membelanjakan sebahagian daripada harta untuk isteri dan anak-anak. Kalau isteri ada pencungkil gigi pun, benda tu kena guna duit suami tau! Mungkin betul kalau orang cakap 'duit suami duit aku juga tapi duit aku duit akulah' haha.

2. Fizikal
-keselamatan (Nak lintas jalan pun tanggungjawab suami tuh..haha)
-kesihatan
-kehormatan
3. Spiritual atau kerohanian
Iaitu mendidik isteri jadi isteri solehah yang taat pada Allah, Rasul dan suami.

Peranan isteri
1. Taat
-buat apa suami suruh
-tinggal apa suami tak suka
- tunai apa suami minta

2. Hormat dalan 2 aspek
1. Perkataan
-gaya bahasa
-nada suara
-jumlah bilangan perkataan. Jangan bercakap lebih daripada suami. Tak dibenarkan
membebel kat suami. Jadi, sebelum kahwin sila membebel puas-puas.haha
2. Perbuatan
Untuk maklumat terperinci sila rujuk surah an-nisa ayat 34



Selamat berbahagia semua!

Kesimpulannya,

1. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Allah bagi orang yang sesuai dengan kita


Firman Allah:


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]


2. Jangan main-main dengan perkahwinan. Sebab kahwin ni soal tanggungjawab. Berat tu. Soal dosa pahala, soal syurga neraka. Kalau gagal didik isteri, masuklah neraka kedua-duanya. Jadi, kena ambil berat soal ni.


3. Islam itu sangat halus dan menyeluruh. Soal duit pun ada dalam al-quran. sepatutnya tak timbul soal gaji isteri, suami kedekut kalau kita benar2 ikut apa Allah suruh.

So, selamat berkahwin..hehe Selamat berbahagia. Saya rasa bahagia bila berjalan melihat kesebaran Allah. Anda pula?


Bahagia itu lahir dari hati. Bila bahagia pasti tersenyum. Tapi jangan disangka orang yang senyum itu semuanya bahagia. Selamat mencari bahagia! :)

3 cheese cakes:

Izzah Radin said...

nk like this post 100x

nice sharing! tq~

Bintu Qawaid said...

amboi izzah..cepat ajer dia comment

fauzun said...

haha..orang nak kawen biasalah tu bik..hehekena cari ilmu bab ni byk2..