Tuesday, February 7, 2012

My 24th year old day.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang diberikan. Sebenarnya banyak sangat nikmat yang Allah bagi tapi sebab hari-hari depan mata kita, kita lupa nak bersyukur sampailah Allah hilangkan sekejap.

Banyak hari yang berlalu yang saya rasa aku dah lupa untuk bersyukur. Mungkin sebab terlalu stress dengan fyp. Sampai ummi tanya 'projek macam mana' pun dah berair mataku. Tapi Allah maha Pengasih.. macam mana Allah cakap dalam al-quran 'sesungguhnya berssama kesusahan itu kesenangan' , saya dapat kekuatan yang baru.

Balik ke Johor buat saya lebih hargai kehidupan. Melihat orang disekeliling yang diuji dengan ujian yang lebih hebat buat saya rasa malu. Baru FYP, tapi saya dah menggelabah sakan. Ya Allah ampunilah aku.

Kali ini ingin sekali saya kongsikan pengalaman pada Hari Lahir yang ke 24. Macam mana url blog ni ditulis well I guest orang dah tahu my DOB kot.

Alhamdulillah diberi nikmat untuk hidup lagi sehingga tahun ke 24 bersama nikmat yang terbesar iaitu islam dan iman. Ada orang yang umurnya hanya sejam di dunia. Tapi saya dah 24 tahun! rasa macam dah tua pulak. Tak macam tahun sebelum ni yang mana saya sangat looking forward for my birthday. A day before mesti macam 'sapelah yang wish nnt' tapi tahun ni macam kurang sikit perasaan. ini semua salah FYP.hehe. Siap cakap dalam hati 'ade ke orang nak ingat besday aku ni. Kalau ada orang ingat pun dikira bagus' hehe. Padahal seminggu sebelum habis semua orang saya ingatkan.haha.

Saya sangat bertuah kerana dikelilingi oleh orang2 yang sweet. Pagi2 lagi ummi ajak pergi jusco beli hadiah. Tengahari pulak kawan2 sekolah belanja makan. Mahal tu.. hehe.. Terima kasih korang. dan awal2 lagi dapat early birthday present from my bff kat uia, aini dan adah. terima kasih!! Semoga allah melimpahkan kasih sayang ke atas korang semua. Ya Allah, berikanlah mereka dan saya segala kebaikan didunia dan akhirat.

Sehari selepas besday, a family trip to Pulau Tioman. Best sangat2. Family is the best medicine. Believe me! semangat semula.. Terima kasih ya Allah atas semua rahmatMu. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur.

Satu ucapan yang saya sangat..sangat..sangat..sangat..sangat..sangat.. suka.. daripada mak cik yati, mak mun.

Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Ameeen. Ya Allah perkenankanlah doa ini.

Sekarang mari kita layan gambar. Sebab saya memang suka gambar..



Early birthday present daripada Bik Ani dan Adah. Diorang memang tak pernah lupa birthday saya. Terima kasih korang.



Inilah hadiah dalam bungkusan tu. Sepasang kasut tumit tinggi, buku 'jadilah wanita paling bahagia' dan... thumbler. Thumbler tu saya tak dapat waktu beli buku chicken soup hari tu. memang saya teringin sangat. terima kasih bik..


So sweet kan?



3 FEBRUARI 2012



Ni meja depan. My sweethearts. Ezzati yang dah lama tak jumpa pun datang. Sungguh sweet.



Inilah kitaorang kat JJ Bukit Indah. Sambut sekali Birthday Si Nofi Yuna yang pakai baju hitam tu. dah jadi macam kedai kitaorang. Asma pun ada. Siap dapat kek batik buatan thuraiya yang sungguh enak. Korang memang sweet!!

Kami.. 03 02 2012.. Ya Allah berikanlah mereka kasih sayangMu dan berikanlah mereka segala kebaikan di dunia dan akhirat.



Terima kasih Byah! Siap ada love lagi tau!



FAMILY OUTING AT PULAU TIOMAN


After snorkeling. Sungguh best! Sebab orang2 tua pun terjun sama. My nenek pun sama. Walaupun nenek saya takut, dia tetap comel. Saya tanya 'mek nampak ikan tak' Mek jawab 'Tak nampak.. pejam mata..takut..' hehehe



Ohana means family. I really hope that at least once dapat ambil gambar cukup semua adik beradik.


Untuk nikmat yang tak terhingga ini, sungguh saya bersyukur kepada Allah. Saya abadikan dalam blog supaya saya sentiasa ingat nikmat ini dan sentiasa menjadi seorang yang bersyukur.. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya di hari lahir saya yang lepas. korang memang best! Betul seronok ramai orang doakan kita. I feel blessed. May the good Doa returns to them.

Terima Kasih Allah.

2 cheese cakes:

ezzati said...

uuu. sweet~ alhamdulillah. dapat jumpa, dapat celebrate. hee. seronok kan bila keliling orang2 ohsem? :)

fauzun said...

betul2..next besday korg plak kene celebrate jugak!! barulah dpt jumpa selalu kan? hehe