Monday, February 27, 2012

Akhirnya tiada lagi fyp..

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasih sayang Allah berjaya juga saya dan rakan2 habiskan fyp. So, secara tak langsungya kami dah pun grad daripada UIA. Alhamdulillah. Sekarang tinggal tunggu result fyp yang akan keluar 14 Mac ni. Then, tunggu konvo pulak. Ada orang cakap certificate dah habis balajar daripada Uia dapat nanti lepas konvo jadi kena tunggulah tarikh keramat tu.

Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana memberi saya peluang ini. Insha Allah 1 Mac ni saya akan memulakan tugas sebagai warden. Sebenarnya memang saya tak bersedia nak bekerja. Sekarang tengah mood nak berehat. Tapi banyak masa lapang tu kan tak elok. Apa nak jawab dengan Allah kalau Allah tanya 'kamu buat apa dengan masa kamu sebab banyak sangat masa lapangnya?' Saya ambil kesempatan ini untuk menabur bakti kepada masyarakat. Ecehhh.. macam ahli politik pula. Semoga usaha saya yang sedikit ini diberkati dan boleh menjauhkan saya daripada api neraka.

Nampaknya dah tiada urusan di UIA melainkan clearance dan konvo. Sungguh saya merindui UIA tapi hidup mesti diteruskan. Terima kasih UIA!

Selesai fyp poster exhibition hari tu kami dah bersalam-salaman dan minta maaf semua. Oh, syahdunya suasana tu. Ada sorang kawan Bangladesh saya namanya Malisha, dia minta maaf sungguh2 sampai menangis. Ohoo. Malisha, moga kita berjumpa lagi!

Saya ingin meminta maaf kepada semua classmates saya, budak2 commu, department-mates saya, budak2 CIE, engineering students batch of 072, all engineering students, all UIA students and beloved lecturers. Silalah maafkan segala kesalahan dan kekhilafan diri saya ini. Saya takut ada dosa yang tak settle lagi yang boleh mengheret saya ke neraka. Dan terima kasih banyak2 atas segala jasa anda! Semoga Allah memberikan sebaik2 balasan.

Kepada bekas-bekas Roomates saya yang sangat best, Program-mates saya, X-Fair Enginius, Ausmex, WISH, BRC, MRC, Usrahmates saya dan semua yang saya sayang sungguh saya terima kasih atas segala2nya dan mohon maaf atas segalanya. Terima kasih kerana sudi menadah telinga mendengar bebelan saya. Terima kasih, terima kasih.


Mari kita sama2 mengorak langkah. Biarpun jalan kita berlainan tapi destinasi kita tetap sama. Semoga Allah pertemukan kita semua lagi dalam keadaan sama2 hebat. Semoga Allah lindungi korang walau dimanapun korang berada. Jumpa time konvo nanti, insya Allah. :)





Friendship bracelets.. Till we meet again friends. Ain, Aten, Khai, Nisaa and Yun. Commu batch of 072



Kitorang lagi. Memang kitaorang suka bergambar.



Last day of Communication Lab. Gonna miss this moment. Tapi dah tak sanggup nak mengadap MATLAB. Thank you sir Rashid sebab sanggup ajar kitaorang especially me yang susah nak faham ni.



My Usrahmates yang bising. Sungguh merindui usrah yang bising ni..



Committees of WISH'11. Oho waktu program ni agak kelam kabut. So, minta maaf korang kalau ada terkasar bahasa. Ni baru Biro Public Relation.



BRC blok D. Korang memang supportive. Terutamanya adik-adik semua. Siap buat makan2 sebelum habis sem hari tu. Terima kasih korang, Jangan lupa buat program best2 untuk blok kite eh.



Teman2 sepraktikalku. Waktu praktikal ni banyak betul benda berlaku dan banyak betul pengajaran yang saya dapat. Sorry for everything ye korang!



Part of kawan2 Xfair Enginius. Sebelum ni memang kitaorang tak kenal satu sama lain. Alhamdulillah Allah temukan kita dan memang jadi rapat betul. Terima kasih Allah..



Lepas habis presentation FYP. Student of Department of ECE. Tapi tak semua. Waktu ni hati tengah bercelaru kot. hehe. Klaka2..



Lepas FYP Poster Exhibition.

Sejak kamera kena curi ni rajin kan saya upload gambar? Tak mahu menyesal nanti.hehe.

Ya Allah rahmatilah sahabat2ku semuanya sekali..


2 cheese cakes:

Bintu Qawaid said...

Thanks 4 being my best friend.jgn lupa emel gambar.

ms fud tech to be said...

yes yun..all's well ends well..hehe..btw..congratulation!!!