Nak tahu tak, hari ni saya pergi jalan pasar dengan aten dan supervisor kami, Sir Khaizuran. oh... jangan terkejut, sebab kita orang pun terkejut sir nak ikut kita orang pergi jalan pasar beli komponent buat circuit yang baru. rasanya, kamilah kumpulan pertama yang supervisor tolong sampai macam tu sekali.
Sir memang seorang yang supportive. setiap kali update pasal FYP sir akan cakap 'good progress' walaupun sampai hari ini (18 jan 2012) kita orang tak berjaya lagi dapatkan output yang dikehendaki. jadi, sebab tak dapat dah kami nak cuba circuit yang lain. nak buat circuit, mesti ada komponent yang baru. kami pun nak pergilah jalan pasar.
tapi since nak kena update dulu dengan sir, saya pun call sir.
"Sir, boleh ke nak jumpa sir nak update FYP?"
Sir jawab "Ok, come to my office at 2.30 pm.."
"Orait sir"
pastu kita orang bincang balik. time is running! kalau dapat komponent awal boleh buat awal. jadi kami decide nak pergi jalan pasar petang tu jugak. saya pun call sir balik.
"Sir, kalau kami update esok boleh ke? ingat nak pergi jalan pasar. nak try circuit baru"
"You all nak pergi naik ape"
"Public je sir. kita orang dah biasa"
"Tunggu jap I tanya innova engin (innova belongs to kulliyyah of engineering) available ke tak. nanti saya call call semula"
Kitaorang pun baliklah bilik nak solat zohor. belum sampai bilik, sir call
"Fauzun, hari ni innova ada orang guna. kita pergi esok pagi. dalam pukul 10. or make it 9.30."
"Ok sir"
wah..tak sangkanya sir nak tolong. sebab sebelum ni sir just dengar update je. masuk lab pun adalah 2 kali. circuit mmg sir x berapa tengok. tapi akhir2 ni memang sir tolong betul. nak beli komponent yang tak ada kat jalan pasar pun sir terus call. Alhamdulillah..
waktu dalam innova tu adalah sir bercerita pasal degree dia sampailah PhD dia. part yang paling best sir cakap macam ni..
"Kalau project ni berjaya I nak buat kenduri kesyukuran. together with my son's punya kesyukuran kalau dia dapat masuk MRSM"..
Oh ho..so sweet. sebenarnya agak mencabar jugak FYP ni. (semua orang punya pun mencabar) Mobile Phone Jammer yang kami nak buat ni setakat ni tak orang yang claim berjaya dengan cemerlangnya and make it public. Jadi kami memang berusaha keras to make it happen and of course sangat bergantung pada Allah untuk projek ni berjaya. manusia ni memang lemah. nak buat jammer macam ni pun banyak kali nak kena cuba.
Tadi pun call ummi dan abah. sebab nak beritahu tak jadi kelik kelate sebab FYP tak siap lagi. abah yang angkat.
"Abah, doakanlah kakak punya FYP ni jadi tau"
"Selalu dah abah doa. Abah doa lagi" huahhhh.. *semangat rasa*
pastu cakap dengan ummi pula.
"Ummi kakak rasa tak dapat balik kelate. FYP tak siap lagilah"
"Tak apalah. siapkan dulu projek tu. buat sampai jadi"
Terima kasih ya Allah, terima kasih ummi, terima kasih abah, terima kasih sir. sungguh saya bertuah.
Saya takkan putus asa. Saya yakin Allah akan tolong saya. He will make it happen.
Thank you again, Allah.. for everything...
Im not giving up!
circuit jammer part 1
0 cheese cakes:
Post a Comment