Salam sejahtera anda masih bersama saya dalam rancangan diari FYP part 2. Tahukah anda sekarang adalah saat-saat genting kerana sesi pembentangan projek sudah pun menghampiri kami iaitu pada 30 Januari ini. Alhamdulillah segala report sudah pun dihantar 25 Januari yang lepas. Kepada semua peserta FYP, bertahanlah dan bersemangatlah kerana anda hanya perlu lalui satu lagi tahap genting ini. Kesian dan sekian.
Ok memang sekarang ni tengah siapkan slide untuk presentation FYP. eh, tak start lagi. Nak start lepas tulis blog ni. Sebenarnya kan, saya ni memang dah tak larat dah nak buat FYP ni. Sebabnya kami nak kena buat jammer ni sampailah jadi. Sebab lepas present ada exhibition pula. Selagi tak sampai exhibition tu, kena masuk lab dan improve result lagi.
Serius, tak larat dan rasa nak putus asa dah. Sebab dah banyak circuit yang kita orang cuba tapi tak berjaya jugak. Tapi perlukah saya give up waktu-waktu begini? Padahal hanya sedikit masa je lagi nak berjuang. Come on lah, kalau FYP pun dah nak give up, kalau dah kerja nanti dapat project lagi besar, nak give up jugak ke? So, inilah yang sebenarnya saya belajar daripada FYP ni. I learn how to deal with myself!
Kalau kita tak tahu nak handle diri sendiri macam mana kita nak handle orang lain kan? kan? Semalam hantar report kami pergi tengok nama examiner. As we thought, the examiners are Dr Fadzil and... Dr S.O.B.. Both are our lecturers yang mengajar kami sem ni. Well, scarylah jugak sebab dia orang dah kenal, jadi senang nak smash kita orang.
Sungguh saya berharap agar ditenangkan fikiran, dibersihkan hati dan dilancarkan lidah untuk present nanti. Semoga semua yang mendengar kami present berpuas hati dan harap2 sir cakap macam ni 'you guys did a good job' and I can say 'the presentation went well' to all my friends while smiling happily.
We don't know what the future may hold, but we know who hold the future.
Alhamdulillah saya ada Allah, yang saya boleh minta padanya apa-apa pun. Semoga Allah memudahkan segalanya dan melembutkan hati supervisor kami, Dr Khaizuran dan examiners Dr Fadzil dan Dr S.O.B. Harap2 lepas present nanti kita boleh ambil gambar sama2.
Last day of mobile class..with prof Umar
Oh ye baru-baru ni saya jumpa blog seorang travellholic macam saya gak. Seronok baca blog dia. Ada saya link kan sebelah kanan ni. Pastu jumpa lagi blog orang yang suka berjalan dan pandai bergambar. Awesome sangat!Rasa macam nak share jugak pasal travel ni. Well, we'll see macam mana nanti rajin ke tak.haha.

Committees of Pangkor Educational Mission.Teringin nak cerita pasal pangkor ni
dan juga AUSMEX!
Pastukan, korang baca tak blog Angel Pakai Gucci? Pun ada saya link kan sebelah kanan ni. Highly recommended. Tetiba rasa blog ni macam sampah pulak nak dibandingkan dengan blog tu. Nasib baiklah tak ramai baca blog ni.hehe.
Oklah, rasanya itu je yang nak dikongsikan. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ni.
0 cheese cakes:
Post a Comment