Hari ni dah ucap 'Alhamdulillah'? jangan lupa ucap tau. tak susah pun.

Hari ni alhamdulillah mendung. tak panas. sejuk.. tapi tak hujan. tiap kali mendung macam ni mesti saya akan teringat ayat ni "Apakah kamu menyangka awan yang mendung itu membawa hujan?" sebab tu lah menurut hadith Rasulullah akan risau bila melihat awan yang mendung sedangkan orang lain bergembira sebab menyangka hujan akan turun. ye lah sebab kat negara arab kan jarang turun hujan. Rasulullah cakap macam tu sebab awan itu boleh jadi azab daripada Allah seperti azab kepada kaum2 yang terdahulu.
ok, semalam saya pergi daurah. tajuk die ehem ehem. haha. tajuk dia baitul muslim. tapi taklah dibincangkan sangat pasal baitul muslim. lebih kepada institusi kekeluargaan dan globalisasi. memang ada part yang susah sikit saya nak faham. Al-maklumlah budak engin nak memahami bahasa law. susah tu. tapi usaha ustaz tu patut saya hargai.
yang saya ingat dan terkesan ialah ustaz tu ada cerita. paderi-paderi kristian nak mengajar anak-anak perempuan orang muslim untuk memusuhi Islam dari dalam dengan membuat mereka membenci keluarga sendiri. Kenapa? sebab keluarga merupakan benteng pertahanan yang paling kuat untuk seorang individu. dan menampakkan peranan wanita dalam institusi ini. Sebabkan, perempuan ni senang sangat dicucuk berbanding lelaki. bagi aje satu isu, senang sangat benda tu jadi besar. Contohnya: "kita perlu beri perhatian kepada ibu-ibu tunggal" . tapi ada tak "kita perlu beri perhatian kepada bapa-bapa tunggal?". ramai lagi yang perlukan dakwah kita sebenarnya.
lepas habis ceramah tu, ada sedikit perkongsian daripada kak Irin. bagi saya, tak semua orang boleh bagi sharing yang memberi motivasi kepada orang lain. tapi alhamdulillah, diizinkan Allah hati saya tersentuh dengan perkongsian ini.
kak Irin cerita pasal perjalanan hidup dia selepas dia kahwin. do you think that everything will goes well after getting married? actually not. lagi banyak cabaran yang kita kena hadapi. jadi, didiklah hati untuk menjadi kuat mulai sekarang.
selepas kahwin nanti lagilah susah nak pergi program semua. tapi kita kena ada usaha untuk pergi juga. apa kita nak jawab bila Allah tanya 'how did you spend your time' kat akhirat nanti kalau kita banyak leisure time, kalau kita banyak masa untuk diri kita sendiri? betul kan? tak perlu lepas kahwin, sekarang pun. kalau banyak masa yang kita buang sia-sia, apa kita nak jawab nanti? Ya Allah, ampuni kami. nampaknya lepas ni kenalah kurangkan window shopping. hehe.
kak Irin kata lagi bila kita hadapi keadaan yang kita susah sangat, tak akan ada orang yang akan faham kita. tapi percayalah Allah ada. Share lah dengan Allah. didik hati untuk dekat dengan Allah tiap masa. malu pulak saya. baru je hari tu tension-tension bagai padahal ada orang yang masalahnya lagi besar.
tapi terus terang saya katakan, susah nak mendidik hati sendiri. saya ni susah betul nak control marah. walaupun taklah sampai terangkat semua barang dalam bilik ni, pun taklah samapi mencarut-carut, tapi sepanjang hari akan moody. susah betul nak happy time tu. mulai sekarang saya berazam untuk cuba mencari jalan supaya benda-benda kecil tak akan memberi kesan dalam hidup saya. yeay.
cuba kita hayati kisah Maryam, ibu kepada nabi Isa. Diuji dengan dugaan yang sungguh hebat. sudahlah mengandung tanpa suami, waktu nak bersalin pun sorang-sorang kat tempat yang asing. tengah saki-sakit lepas bersalin kena pula goncang pokok kurma. Pengajarannya, kita kena berusaha! walaupun Maryam tangah sakit, boleh aje kalau Allah nak bagi kurma muncul tiba-tiba kat depan dia (macam magic tu) tapi Allah suruh juga Maryam berusaha. Yes, we do our part and He of course doing His part.
Dan akhirnya biarlah kita antara orang yang akan Allah katakan 'pergilah masuk ke dalam syurga yang kamu hendaki' tapi kita kena ingat untuk dapatkan nikmat tu, bukanlah dengan duduk senang lenang. tapi ada pengorbanan besar yang kita kena buat.
Semoga kita termasuk dalam golongan itu.
minta maaflah rasa macam tak smooth je cerita-cerita di atas. bukan apa, banyak sangat nak dikongsi sampai takut terlupa. itu yang main tulis aje apa yang terlintas di fikiran. semoga dapat manfaat. tak banyak pun, sikit pun jadilah.

semoga hari ini lebih baik daripada semalam.
semoga dihadiahkan Allah hati yang tabah untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. senyumlah walaupun susah (khas untuk diri sendiri).

ape lagi..senyumlah.. hehe
0 cheese cakes:
Post a Comment