1. Kerana keberkatan dan rahmat Allah. Waktu kat sekolah dulu ustazah pernah cakap. Jangan selalu tukar tempat duduk, sebab nanti malaikat turun nak bagi keberkatan tengok kita tak ada kat tempat kita, dia pun naik balik. Saya tak tahu kesahihan cerita ni. Tapi yang saya pasti, keberkatan dan rahmat Allah itu hanyalah untuk orang-orang yang berusaha.
Kadang-kadang kita rasa kita betul-betul tak faham apa yang kita belajar hari tu. Tapi mungkin sebab keberkatan ini,kita ulangkaji sedikit pun kita dah faham. Dan kerana rahmat Allah ni lah kita dapat markah yang best. Bukan sebab usaha kita. So, tak payahlah nak bising pasal markah kalau kelas pun tak datang.
2. Sebab duit yang kita dapat untuk bayar yuran tu akan dipersoalkan di akhirat nanti. Ya, sumber kita dapat duit berbeza. Ada yang dapat biasiswa JPA, PNB, Telekom, PTPTN dan tak lupa juga Pa&Ma (self sponsored). Tapi jangan lupa, hakikatnya semua duit tu datangnya daripada Allah walaupun caranya berbeza.
Duit ni duit untuk bayar yuran, untuk kita pergi ke kelas. Jadi, kenalah pergi kelas. Kalau kita tak pergi kelas atas alasan yang tak valid, nanti apa kita nak jawab kat Allah kalau Allah tanya kita gunakan duit kita untuk apa?
3. Supaya kita tak tertinggal information. Contohnya, lecturer cakap untuk yang datang kelas hari tu, minggu depan tak ada kelas. Jadi punyalah excited yang datang kelas ni sampai terlupa nak bagitahu yang ponteng kelas ni. Yang tak datang kelas hari tu pula pergi juga kelas minggu depannya. Kan dah buang masa.
Tak bestlah kalau kita terlepas info sebenarnya. Saya pernah tak pergi kelas hampir seminggu sebab balik kampung yang waktu datuk saya meninggal hari tu. Dan saya ambil masa yang lama untuk mengulangkaji topic yang terlepas hari tu.
4. Untuk menunjukkan contoh yang baik. Saya tak mahu menjadi fitnah untuk dakwah secara amnya apabila saya tak datang kelas. Saya sendiri tak suka orang yang susah nak bagi komitmen. Jadi, saya akan cuba sedaya mungkin untuk memberi komitmen dengan menghadiri kelas. Kalau setakat sakit sikit tu, pergi jugaklah. Semoga Allah mengasihi kita dengan sebab usaha yang kecil ini.
Saya ni sebenarnya pun tak lah baik sangat. Kadang-kadang terdetik juga nak ponteng kelas. Tapi, setiap kali perasaan tu muncul, tiba-tiba teringat muka abah yang kepenatan baru balik kerja. Sampai berair mata bila teringat. Walaupun kadang-kadang saya rasa saya tension sebab tak berapa nak follow dalam kelas, tapi saya terus teringat, walaupun saya buat bukan kerana saya, sekurang-kurangnya saya nak mengembirakan hati abah dan ummi dengan keputusan yang cemerlang. Jadi, kenalah rajin.

Muka dua orang yang berjasa. Ya Allah, rahmati kedua-duanya..
Kalau kat Palestine sana, diorang tak datang kelas sebab dah syahid. Kalau kat sini, sama juga sebab ‘syahid’. Perkara yang sangat memalukan. Saya rasa tak susah pun sebenarnya pergi kelas. Pernah sekali kawan saya tak pergi ke kelas dengan alasan ‘mak cik cleaner basuh tandas jadi dah lambat nak pergi kelas’. Terus terang saya katakan, saya sangat kecewa dengan alasan ini. Saya sangat mengharapkan kita sama-sama berjaya. Tapi orang yang berjaya tak penuh dengan alasan.
Saya percaya, suatu hari nanti akan tiba masanya yang kita nak sangat pergi kelas tapi tak boleh. Jadi, pergilah kelas sebab tak susah pun pergi kelas. Sekarang saya tengah menikmati minggu terakhir belajar untuk degree. Dan Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana sepanjang 4 tahun ni, tak pernah saya tak pergi kelas dengan alasab yang tak munasabah macam overslept dan lain-lain.
Terima kasih Allah. Untuk yang masih ada kekuatan untuk pergi kelas, jom pergi kelas. Jangan ponteng ye. Semoga Allah merahmati kita atas usaha yang sedikit ini.
0 cheese cakes:
Post a Comment