Kedengaran macam menyeramkan kan amaran di atas.haha.ada saya kesah? Habislah blog ni kena boikot tak lama lagi. Ketensionan ini bermula pada hari khamis yang lepas. Akibat tidur yang diganggu oleh mimpi yang menakutkan (dasar penakut) habis spoil the mood for the whole day.eh, bukan day tapi week. (jangan percaya. Hiperbola semata)
Sebab tidur lambat dan tak lena, bangun pagi masih pening-pening lalat. Tapi mesti digagahkan juga diri ini untuk pergi ke kelas. Alah, takkanlah tak pergi kelas sebab tidur tak lena? Mengarut! Eh, nanti saya kongsikan kenapa tak boleh ponteng kelas. Bila rajin nanti. Sekarang tengah nak cerita ketensionan ini.
Pergi-pergi kelas microwave pagi-pagi sir bincang jawapan kuiz mengejut hari tu. Memang terkejutlah sebab tak ada satu jawapan pun betul. Dengan kawan kelas yang sangat gelabah tu, tambah-tambah tension lagi. Huh! Baru ingat sir bagi assignment hari tuh. Lepas kelas pergi ke lab sambung buat fyp. Fyp pulak tak menjadi-jadi. Makin banyak pula masalahnya. Ya Allah, dugaannya.
Petang tu pulak main netball untuk final. Kalahlah pulak. Tapi kalah tu kan biasalah adat permainan. Tapi yang tak bestnye mulut-mulut mereka yang tak matang. Perlukah mencarut waktu main netball? Hadoila. Kalau bawak rotan waktu tu mahu je pukul sorang-sorang yang mencarut tu. What comes from your mouth comes from your heart. Do you have to tell others how bad your heart is? Diam itu lagi baik daripada mencarut. Senior sepatutnya menjadi contoh yang baik untuk adik-adik tapi mencarut pulak.
Tak apalah. Dah berlalu pun. Dah habis main tu pergilah cafe membeli air teh o ais kerana terlalu dahaga. Punyalah lama tunggu barulah dapat. Nasib baik tak meletup. Dah dapat air tu plastic tu bocorlah pulah. Ya Allah... walaupun hari tu diuji dengan bermacam-macam tapi akhirnya baik selepas berusrah. Huh!
Esoknya telefon ummi.
Kakak: ummi, kakak tensionlah. Nak hadiah boleh?
Ummi:nak hadiah apa?
Kakak: apa2 aje. Tension sangat ni.
Ummi: oklah
Yeay! Hari minggu ni pergi bermandi manda di Melaka wonderland siap ada splash with upin and ipin. Naik gelongsor yang lain ok je tapi ade satu gelongsor yang curam ni saya menjerit sampai kering tekak. Hadoi. Tak solehah langsung. Tapi aku ni buat hal lagi. Pergi hilangkan pelampung yang sewa tu. Hadoiiiiila.
excited jumpa ven upin ipin..
Kami pun tidur di mahkota hotel. In my opinion, hotel ni tak best! Kitaorang ambil yang apartment je. Tapi still lah kenalah maintain good service dia. Memang tak kenalah dengan taste saya. Dengan lif nya yang kejap boleh kejap tak boleh, pekerja yang kurang friendly, makanan yang biasa saja. I mean, yelah kalau kat tempat macam tu mestilah mencari makanan yang special, tapi tak ada. Perkara ini menyebabkan saya bercita-cita untuk membina hotel yang paling best kat muka bumi ini. Silalah doakan saya.
Sebelum balik tu, ummi bagi hadiah yang saya pilih sendiri dan ada orang tumpang sekaki. Sebuk je! Terima kasih ummi abah, I love you. Ummi pesan jangan tension-tension. Buat yang terbaik. Baiklah ummi. Will do! Lepas tuh sms ummi abah cakap terima kasih. Ummi balas ‘lain kali kita pergi jalan lagi’ yeay memang saya suka!
budak yang pertama kali patah gigi dalam hidupnya
Lepas tuh nak balik uia mintak kak long hantar kat komuter. Kat tengah jalan nampak ada kedai ayam golek. Abang long tanya ‘nak bawak balik ayam?’ haha. Cukuplah diorang dah hantarkan pergi komuter. Hari tu saya tolak pelawaan itu dengan niat mereka akan di pau sebelum saya dapat kerja. Haha. Bestnya ada 3 kakak. Boleh pau diorang. Lepas adik yang abe tu dah jadi doctor nak pau dia jugak. Kah kah kah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana memberi aku family yang sweet. (waktu sweet tu sweetlah, waktu bergaduh sama je.haha)
Hadiah daripada ummi..weeeee
Dan minggu ni ada project dan test 2 radar. Tension pun start kembali. Selama 4 tahun kat UIA ni, tak pernah rasa nak give up macam ni. Memang ujian betullah. Tapi tetap, akan aku berusaha sehabis-habisnya. Sikit sahaja lagi.
Ya Allah, hindarilah aku dari putus asa.
Ya Allah, permudahkanlah segalanya untuk kami.
Ya Allah, janganlah meninggalkanku sendirian..
Sesiapa yang mencari kasih sayang manusia belum tentu akan mendapat kasih sayang Allah. Tetapi siapa yang mencari kasih sayang Allah dia pasti akan dikasihi manusia. Ya Allah, sayangilah aku...
p/s: terima kasih lah yang sudi membaca. Famous juga saya ni rupanya.haha. sorrylah sebab tak pandai nak follow blog orang lain. Pandai baca aje.hehe
2 cheese cakes:
sy la org yg suka bc blog awak. kehkehkeh..
stay cool n be strong. da nk habis sem da pon :)
YUN KUAT! fighting!!
haha..malu la i..hehe
tapi kan, kite rasa mmg org yg tulis2 kt tepi tuh semua yg kite kenal.. suspek utama: thuraiya..haha
FIGHTING!!
Post a Comment