Perasaan ini mengingatkan perasaan kehilangannya dua orang yang sangat saya sayangi pada tahun ini. Ya, pertama sekali perginya datuk yang comel, iaitu cek pada 11 Julai 2011 pukul 12 lebih malam. Nothing much to say. Tapi betullah orang kata mati tu tazkirah yang besar untuk yang hidup. Sepatutnya hujung minggu tu saya akan pulang dan menjaga cek. Tapi rancangan Allah itu maha hebat dan tak ada siapa yang tahu hikmah disebaliknya. Berikut ialah gambar-gambar yang saya tangkap dan akan saya ingat sampai bila-bila.
Sejak kehilangan kamera ini, saya berazam untuk upload gambar banyak-banyak supaya banyak backup. Gambar yang hilang pun susah dicari tau.
Kali terakhir jumpa cek..dah kurus sangat.
terbujur kaku...
Selamat tinggal cek..semoga aman dan tenang disana... kami pasti akan sentiasa merinduimu..
3 bulan selepas tu, pada 4 oktober 2011 jam 9.30 pagi perginya lagi seorang datuk yang hensem menghadap ilahi. Sekarang agak fobia bila family call. Dikhuatiri ada perkara buruk yang berlaku. Disebabkan kami mengambil masa yang lama untuk sampai, kami tidak berjaya melihat wajah arwah tok ayah buat kali yang terakhir.
...dan perasaan itu kembali. Saya patut hargai setiap pertemuan dan anggaplah pertemuan itu pertemuan yang terakhir! Jadi, tak adalah gambar pada hari kejadian. Yang ada hanyalah gambar sebulan sebelum, sewaktu tok ayah nak dihantar ke hospital untuk rawatan kudisnya yang semakin teruk.
naik innova je..
Allah ada kata dalam al-quran, ‘adakah kamu mengaku kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji?” dan syurga itu perlu dibayar dengan ketabahan, kesabaran dan pengorbanan. Bukan dengan angan-angan. Saya yakin kedua-dua atuk saya berbahagia di sana kerana mereka mempunyai anak-anak yang sentiasa mendoakan mereka. Terima kasih cek dan tok ayah kerana melahirkan ummi dan abah yang hebat untuk kami.
Mari bermuhasabah diri. Kalau kita mati esok apa jadi? Amalan belum cukup, dosa banyak, anak-anak pun tak ada untuk doakan saya kalau mati. Itulah pentingnya keluarga yang baik.
Ya Allah Kau maha berkuasa, tempatkanlah atuk-atuk ku dikalangan orang-orang yang bertaqwa.
Jauhkanlah mereka daripada azab kuburmu.
Lapangkanlah kubur mereka dengan selapang-lapangnya.
Terangkanlah kubur mereka dan dinginkanlah kubur mereka.
Rahmatilah mereka ya Allah.
Pertemukanlah kami di syurgamu bersama yang lain-lain dalam keadaan gembira ya Allah.
Betapa manusia itu lemah. ..
Terima kasih Allah untuk segala nikmat yang diberi..
1 cheese cakes:
innalillahi wainnailahi rajiun....smoga roh beliau di tempat org2 y beriman..amin...
Post a Comment