Setelah beberapa lama tidak mecoret apa-apa kat blog ni hari saya kembali. Sungguh terasa mahu luahkan rasa yang terbuku di hati. Tapi sebenarnya di hati ini hanya tuhan yang tahu apa sebenarnya yang saya rasai sebab ada sesetengah perasaan sungguh tak dapat saya gambarkan dengan kata2.
Bermulanya kisah ini saya ceritakan dahulu mengenai kejadian yang menimpa saya. Tapi nak bagi warning ni. Entry ni mungkin panjang. Jadi kalau anda lorat atau banyak kerja tak payahlah baca.
Pagi Selasa yang lepas sungguh saya rasa serba tak kena. Sebelum keluar rumah banyak kali pintu-pintu dan tingkap diperiksa. Lepas berpuas hati barulah saya keluar rumah. Dalam kereta sebelum meninggalkan rumah 2 kali saya berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Pastu saya pun terus memecut ke ofis di cyberjaya dengan kelajuan yang tak diketahui.fuhhh..sampai.
Pukul 5.30 tepat saya dah pun berada dalam kereta dan memecut pulang. Balik mana boleh lambat2. Rugi masa kot. Tepat 6.15 saya buka pintu rumah. Aduh berselerak. Laci-laci semua terbuka. Dalam hati memang dah membebel. Siapalah yang buat sepah ni. Penat je semalam vacuum. Tapi bila terpandang je grill dapur yang hampir tercabut tuh, jantung macam nak berhenti. Tangan ngan kepala lutut memang mengigil. Terus keluar pagar. Call kak long. Lepas je call kak long, handphone terus mati. Tapi alhamdulillah kak ngah pun sampai.
Kitaorang pun tunggu polis sampai. Dalam 5 minit lepas tu barulah polis sampai dan berlakulah soal siasat sikit. Dia suruh jangan sentuh apa-apa tapi pergi cek barang yang hilang. Saya pun dengan hati yang walang (betul ke?) naik atas. Aduh sedihnya tengok bilik bersepah. Sampainya hati pencuri ni buat macam ni. Almari memang kosong dah. Cek punya cek, laptop, KAMERA DSLR dan hardisk saya hilang. Kesemua barang yang ada sentimental value.
Kami pun dengan rasa terkejut lagi tumpang duduk dekat rumah kak long sementara tunggu pegawai penyiasat datang. Tunggu punya tunggu punya tunggu dalam pukul 10 jugaklah diorang datang. Cik Za, Ayah Cik ngan Cik Ma pun sampai. Memang terharu sebab mereka peduli. Terima kasih family! Sempat jugaklah kena membebel sebab terlalu berani tinggal seorang diri di rumah selama 2 hari. Ya, saya memang bersyukur kerana kejadian berlaku siang hari dan tiada siapa di rumah. Alhamdulillah syukur ya Allah. Kalaulah berlaku malam waktu saya tinggal sorang-sorang tuh memang tak dapat bayang nak buat macam mana.
Pegawai penyiasat pun buat kerja dia. Tapi malangnya memang tak jumpa sebarang cap jari. Tapi tapak kasut pencuri tu diorang macam tak siasat pun. Tak apalah. Saya memang tak harap apa-apa pun daripada polis. Diorang buat kerja pun dah cukup bagus.
Menurut mereka mungkin 2 orang yang masuk sebab kesan grill yang teruk tak mungkin tenaga sorang. Hampir tercabut kot grill tuh. Kuat tak kuat diorang buka. Habis pecah balang-balang kat tepi dapur tu. Mereka juga disyaki orang tempatan kerana cara mereka yang berjaga-jaga ketika mencuri. Lepas tu diorang cakap lagi rumah ini kira oklah sebab bilik lain memang kemas lagi. Mungkin diorang dah lama ambil masa nak buka grill dan pecahkan tombol pintu. Ok mereka pun pulang. Saya pun meninjau rumah dengan lebih teliti.
Saya dapati memang bilik saya sorang yang kene teruk. Bilik bawah langsung tak disentuh. Bilik atas yang lain masih kemas seperti biasa cuma memang ada kesan orang masuk. Bilik saya memang ketat sikit tombolnya. Memang setakat ni orang-orang yang tertentu sahaja pandai buka. Jadi saya rasa memang bilik tu kena attack. Sebab tuh lah habis almari saya kosong. Lagipun memang saya simpan laptop antara seluar. Bateri laptop dalam laci bersama hardisk. Charger kat tepi katil. Kamera DSLR pula saya tutup dengan tudung. Beg laptop pula kat bahagian bawah almari. Kesemuanya diorang bawak lari.
Tapi saya tak kesal apa-apa sebab saya rasa memang saya dah cukup berjaga-jaga dalam menyimpan barang saya. Cuma mungkin bukan rezeki saya bersama barang-barang kesayangan saya lagi. Selamat tinggal semua. Semoga korang dapat tuan yang lagi baik. Dan bersaksilah kat akhirat nanti yang saya telah gunakan kamu semua dengan baik untuk tujuan yang baik.
Secara jujur saya cakap saya bukan sedih sebab barang saya hilang. Sebab nyawa lagi penting kot daripada barang-barang tu. Tapi saya sungguh sedih dan kecewa sebab masih wujud lagi manusia yang berperangai macam ni. Wahai pencuri, sungguh saya berdoa semoga kamu mendapat hidayah. Ya Allah, bimbing mereka Allah.
Ummi dangan abah apa lagi, terus suruh pasang CCTV dengan alarm system. Minta maaf ummi abah. Susahkan ummi abah lagi. Semua barang tu abah yang belikan. Cuma hardisk je tak. Sebab tu barang-barang tu memang sangat saya sayang dan sangat sentimental. Tapi tak apalah. Allah kata memang bukan rezeki kan. Phewww.. ok pengajaran yang saya dapat
1. pastikan korang semua ada nombor telefon balai polis yang terdekat. Senang kalau berlaku apa-apa.
2. Pastikan handphone sentiasa ada kredit dan bateri. Saya memang bersyukur sebab dalam keadaan handphone yang nak habis bateri saya sempat habiskan perbualan dengan kak long.
3. Usaha sebaik mungkin untuk menyimpan barang anda dengan baik. Sebab sekurang-kurangnya kita dah berusaha. Lainlah kalau kita tinggal je laptop atas katil. Mesti ralat bila kena curi.
4. Banyak benda yang kita kena bersyukur.
5. Kalau orang ditimpa musibah, cepat-cepatlah tolong sebab waktu tu memang I really need someone, something, somewhere that can comfort me. Dan orang yang tolong kita waktu tu lah kita akan ingat sampai mati.
6. Memanglah nyawa lebih berharga daripada barang-barang yang kita ada.
benda pertama yang tengok pas bukak pintu. dalam hati membebel siapa yang buat sepah. tapi...
bila tengok nih mahunya nak gugur jantung. menggigil tangan.
kuat pencuri nih boleh tolak iron rod yang tebal ni.
habis pecah barang kat dapur. kureng punya pencuri.
habis bersepah baju. ni pun dah tolak tepi.
riri pun terbalik.. tempat rahsia yang kak long tak tahu pun dia boleh buka.
inilah barang2 kenangan yang pencuri keluarkan dari beg kamera dslr tuh..hmmmm..
habis tombol pintu bilik..
saya syak pencuri ni sempat tengok gambar ni. pastuh dia sedih. mungkin family dia broken kot..
iklan. bende ni kan comel. apesal dia tak curi skali eh?
Doakanlah semoga saya bijak menilai hikmah di sebalik kejadian ini. Saya mungkin tak boleh nak jadi sehebat syed qutb yang boleh menolong pencuri untuk mencuri rumah dia. Pun tak boleh lagi nak berpositive. Cuma saya yang saya boleh buat sekarang ialah radha dan doa semoga pencuri tersebut diberikan hidayah..ameeen.
5 cheese cakes:
sayaaanggggggggg! sabar la eh. kesiannya. saya pun pernah jugak, lepas tu trauma gila. Alhmdllh awak takde kat rumah time tuh.
Maybe the word of 'be strong' is too typical for you. but i really meant it. there a reason why Allah choose you to be tested. sure because you are strong enough to face it. only time will recover you..be strong, my gurl!
fifi: thakns syg.. <3
k.long: thanks. life must goes on kan..lgpn mu kan janji nk bg aku hadiah.yeay
sabar ye..moge ALLAH gantikan sgale yg ilang dgn yg lg baek..insyaALLAH..sy pon pnah ade pngalaman blk kne pecah..mujur je lah laptop je ilang..tp laptop 2 ade sentimental value..sbb beli gune duet dr arwah abah..tp alhamdulillah..DIA amek yg 2,DIA gantikan dgn yg lg baek..(^_^)v
betul2..allah akan gantikan dgn yg lbh baik.. semua brg ade sentimental value kot.
Post a Comment