Orang kata kita tak akan hargai sesuatu sampailah sesuatu hilang dari pandangan kita. Betullah. Sejak join WISH ni rasa bersyukur sangat dengan program-program yang lepas. Sebabnya… sebabnya.. hmmm.. tak boleh cerita. Nanti ngumpat pulak. Hehe. Cuma pengajaran untuk saya, hargailah orang disekeliling. Sebab mereka mungkin lebih baik daripada orang yang kita akan jumpa nanti. Mungkin ye!
Ehem. sebenarnya tujuan post saya kali ni nak ucapkan jutaan terima kasih buat mereka yang mengingati dan mendoakan saya sempena hari lahir saya tempoh hari. Yelah, waktu tu cuti. Tak ramai yang ingat tarikh yang tak penting buat mereka ni. Tapi masih ada yang ingat. Sungguh terharu. Walaupun memang tak seramai birthday yang lepas, saya tetap suka!
Satu message yang saya sungguh suka. Dia doakan saya begini ‘semoga terus terbang tinggi menuju ke puncak bersama redhaNya’. Dialah ADAH. Kawan saya daripada matric. Terima kasih adah. Hah, lagi satu geng kita orang nama dia eh silap nama glamour yang saya berikan bik ani. Dia kata HP dia hilang. Jadi tak sempat wish hari kejadian. Ntahla bik ni. Penat orang tunggu tau. Tapi tak pe, saya tahu 2 orang ni takkan lupa hari saya ini. Terima kasih korang. Siap celebrate lagi dengan mango cheese cake sesudah bersusah payah. Hehe. Sungguh best. Nanti kita lepak lagi eh.





sungguh suka. siap ada tulis selamat hari jadi lagi. sayang pulak nak guna.
Belum pun birthday sebenarnya dah dapat satu hadiah yang sungguh special. Untuk bekalan sepanjang hidup saya. Agar saya lebih positive. Terima kasih roommate, THURAIYA. You are the best! Chicken soup for the soul ni sungguh bermakna. Dia ni pun orang yang takkan lupakan birthday saya. Yelah, sebab seminggu sebelum birthday, saya dah ingatkan. Haha. Siap dapat 2 messages from her. 1 kat facebook 1 kt phone. BFF~

tahu tak, buku ni saya baca tak tinggal one word pun. sangat suka. sape nak, beli sendiri. tak boleh pinjam. hehe
Satu hadiah yang tak disangka-sangka datangya daripada mereka yang sungguh dekat di hati. Siapa sangka akan dapat sebiji arnab pada umur macam ni? Hehe. Sungguh terima kasih buat mereka yang disayangai, mun, amal, kinah, nofi. Bolehlah RIRI jadi peneman tidurku. Eh korang, nama dia riri tau.

meet my new best friend, RIRI. riri i love you. hehe


yeay. dapat kad. nanti tua2 esok bila baca tentu seronok.
Pada hari kejadian sebenarnya saya di kampung. Jadi memang tak berapa nak tengok hp sangat. Bangun-bangun je ada 10 messages. Pastu tiap kali tengok ada je message .belum campur yang dekat facebook lagi. Suka.suka. Terima kasih semua atas ingatan dan doa2nya. Saya sungguh menghargainya. Kerana anda telah mengingati hari yang tak ada kena mengena dengan anda, tapi hari yang best buat saya.
Terima kasih ya Allah kerana menghantar mereka yang sungguh sweet ini. Terima kasih ya Allah atas nikmat usia ini. Terima kasih ummi kerana melahirkan anakmu ini. Terima kasih abah kerana tak pernah membiarkan perut ku kosong selama 23 tahun ni. Terima kasih semua kerana mewarna-warnikan duniaku.
Semoga dengan bertambahnya umur ini semakin dekatlah diriku denganMu dan semakin bertambah amalanku. Ya Allah jadikanlah aku seorang hamba yang sentiasa bersyukur. Kalau hari-hari birthday kan best. Dapat banyak message, dapat kad, dapat notes kecik, dapat hadiah. Hehe. Tapi kalau hari-hari birthday mesti hari tu dah tak special kan.

tanda ingatan mereka.. thanks guys.
5 cheese cakes:
ohh.kek itu.sangat mengiur kan.haha.
Sama-sama kasih..
~ok2...nnt kita lepak mcm ptg tu lg ye...duk kt situ..bleh tk mcm2 ragam org..hehe
~mlm lps tu, org duk dgn bik ani..tgh2 mlm, bik ani teringat ke kek tu..hehe..
Freindship Forever ya! ^_______^
apsal lak orang.bukan dia ker?eeiii xmalu.heeee.
eh...hehe..saya dulu..pastu kamu pn sm gk...hehe ^^p
sorry korg baru baca.hehe.haha,tuhla org suro bwk blik x nk..
kan dah teringat2 dah..haha.. ok, nnt kite lepak lagi.. sebelum org tuh kawen
Post a Comment