lambatlah. dah nak habis bulan januari baru nak hello 2011. ape da.. tapi tak apalah kan. better late than never. hah, macam biasalah. nak blame kat kerja2 yang belambak sebab tak dapat nak update blog.
selamat tahun 2011. saya harap tahun ini penuh dengan keceriaan, kegembiraan, kesihatan yang baik, murah rezeki dan lain2. hmmmmm.. sebenarnya bukan pasal ni nak tulis pun. intro semata2.
semalam ada usrah, dan nak kongsikan 1 benda yang sungguh bermakna! semalam kami ni bincang tafsir surah al-muzzammil. surah ni lah yang turun bila Rasulullah selimutkan dirinya sebab takut selepas peristiwa gua hira' tu.
antara isi kandungan surah ni ialah pasal qiamullail. yang paling saya ingat, qiam nilah sebenarnya sumber kekuatan kita untuk meneruskan hari kita. kalau kita tak dapat nak mujahadah dengan diri sendiri, macam mana kita nak lawan and stay strong?
cuba bayangkan, kita tak dapat nak bangun daripada tidur yang best lepas tu kita nak jadi kuat bila esoknya tayar kereta pancit, dompet tercicir, tudung kene kuah kari, kasut masuk longkang, terpeleot, kena marah ngan lecturer, kawan buat hal, assignment tak siap lagi, proposal kena reject, rumet buat bising dan banyak lagi...
jadi, kalau kita tak kuat tu, memang jawapannya sebab kita tak qiam. sedangkan allah dah kata DIA turun untuk mendengar rintihan hamba-hambanya, tapi kita ni dok sedap tidur tak ingat dunia. qiam jugalah jawapan untuk hati-hati yang lara, minda yang berserabut, ingatan yang tak kuat, juga untuk motivasi diri. sebab waktu tu lah kita boleh cakap dengan ALLAH tanpa ada orang kacau.
Ok, sekian sahaja untuk tazkirah hari ni. tulah sape suruh tak qiam semalam, habis kelam kabut hari ni. adeh. jomlah kita qiam sama2. moga Allah rahmati setiap usaha kita.
Oh ya, akhir tahun 2010 kitaorang ada family day. terimalah gambar keluarga besar kami. terima kasih ya Allah atas nikmatmu yang tak terhingga ini.

1 cheese cakes:
nice.
Post a Comment