eh, assalamualaikum!
merujuk kepada perkara di atas, saya memang tiada perasaan sekarang. atau lebih tepat lagi, tak ada idea nak menulis tapi nak jugak tulis tuh. hadoi.
ha, dah dapat idea. saya rasa kita perlu sungguh-sungguh dalam setiap perkara yang kita buat. letakkan full afford. madam saya kata, kalau kita tak buat kerja sungguh2, malulah nak minta pada Allah. usahanya sikit, tapi nak berjaya.
sekarang tengah musim sukan asean di china. semangat betul haku ni tengok update sukan dekat tv1 dengan tcs5, tv singapore. seronok jugak tengok. teringin pulak nak wakili malaysia dalam apa-apa acara. hehe. tinggi angan2. peringkat universiti pun belum tentu lepas. ada hati!
hari ini, atlet malaysia berjaya mencapai sasaran 9 pingat emas. emas yang ke-9 daripada squash berpasukan female. seronok tengok mereka main, teringat waktu main squash tengah sem lepas. asyik tak dapat bola je. mulut je bising. rasanya boleh wakili malaysia dalam acara mulut paling bising kot.


suka2.lain kali kita main lagi jom. pinjam bola adik pun jadilah!
rindunya nak bersukan. teringat dulu waktu kat sekolah, hari sukanlah hari yang paling di tunggu2. bukan je sebab tak banyak belajar (jangan marah ustazah) tapi sebab hmmmmm tak ada sebab. memang best hari sukan. dapat sorak sama2, dapat pakai baju warna sama, dapat gaduh sama2 dan doa sama2 untuk jadi juara. rindunya zaman tu.
itulah yang saya nak cakap. kita kena sungguh2. dalam main2 pun kena bersungguh. dalam bersukan pun kena banyak berdoa. sebab siaplah kita tanpa rahmat dan kasih sayang allah.
kamilah juara
gagah dan bersedia
mengibar bendera
waspadalah hari esok milikku~
saya berbangga menjadi rakyat malaysia..go malaysia go!
0 cheese cakes:
Post a Comment