mula-mula kan, semangat betul nak masuk sem ni. ye lah, waktu tu cuti 3 bulan. dah puas dok rumah. tambahan lagi pergi perth hari tu. tengak curtin university dengan uni. of western australia. tambahla lagi semangat. siap dah nak fikir dah pasal FYP. semangat punye pasal sampai ambil kredit sampai 20.5!
tapikan, dah tengah-tengah tu memang tak larat sangat2. kalau ada meeting malam2 mesti kene tidur lambat nak siapkan kerja2. dahla kelas tiap hari dari 8.30-5.00. orang lain dah biasa tak pe la. ni saya dah la memang tak boleh tidur lambat. sikit lagi nampak lecturer kat depan tu macam 2-3 orang. huh! tapi ku tabahkan jugala hati ni. waktu ni mulalah syaitan merasuk. untuk apalah aku belajar penat-penat ni. itulah manusia. bila kena uji sikit mulalah menggelabah kan?
bukan senang nak ikhlas ni. ada orang kata mencari keikhlasan tu macam mencari semut hitam di atas batu yang berwarna hitam. astaghfirullah. istighfar banyak2. bukan mudah untuk kita berjaya. susah2 dulu. barulah ada value kejayaan kita nanti. pastu mesti kita akan lagi hargai sangat2.
lepas tu dah 2-3 minggu sebelum final memang tersangatlah hectic! macam tak cukup tanah nak berjalan! presentation, projek, assignments.. ya allah waktu tuh memang banyak sangat kene doa. untuk dikuatkan lagi kaki ni untuk melangkah hingga ke akhirnya!
subjek2 pun sekarang makin susah. tak ada yang confirm A dah. carry mark pun cukup-cukup makan je. sekarang dah berakhir pun sem yang hectic ni. saya dah tahu kemampuan saya setakat mana. tenaga saya semua. saya nak memberikan cadangan kepada pelajar perempuan engineering uia yang nak ambil sampai 20 kredit untuk melupakan hasrat mereka tu. sangat penat! kalau nak ambil juga, tak payah join mana-mana program. duduk buat kerja dalam bilik je. budak lelaki lain. diaorang tenaga lebih sikit. kita ni duduk dalam lab tengok oscilloscope lama sikit dah berpinar mata. budak lelaki? diaorang tiru je mana2 group yang dah siap. pastu balik. hahaha.
exam? alhamdulillah. saya rasa saya dah buat yang terbaik. keputusannya saya serahkan kepada allah dengan doa semoga dilembutkan hati mereka yang menanda dan memeriksa kertas2 saya. dan juga semoga saya diberikan ketenangan untuk menerima sebarang keputusan. i.allah. itu yang terbaik! oh ye, saya ada bernazar, kalau dapat pointer yang bagus saya nak berpuasa 3 hari. siapa yang baca ni kenalah ingatkan ye.
sem ni juga sem terakhir buat rumet kami sorang ni yang bernama kak nida. nanti dia dah grad, saya nak gosip dengan siapa. nak emo pasal orang2 disekeliling. tapi itulah lumrah. setiap pertemuan pasti ada perpisahan. yang paling bestkan, kak nida yang nak grad, tapi saya yang emo lebih2 macam ni lah last sem saya. ntah apa2 kan?
jadi, semalam kami pun berjalan2 untuk memuaskan nafsu kami. hehe. jangan fikir bukan2. kitaorang pergi makanlah. sebab kitaorang suka sangat makanan.








kepada kak nida yang disayangi,
jaga diri baik2 ye. minta maaf atas segala kekurangan diri ni.
terima kasih sebab bagi family outing yang kite tak ada lagi.
terima kasih sebab selalu offer makanan.
terima kasih sebab selalu offer nak belikan makanan bila turun bawah.
terima kasih sebab selalu tolong angkatkan kain bila hujan.
terima kasih sebab suka tandas no 2.
terima kasih sebab bagi pinjam kamus.
terima kasih sebab bagi pinjam telinga untuk dengar kita membebel.
terima kasih sebab temankan pergi centre hari tu.
terima kasih atas segalanya.
semoga kita jumpa lagi dalam keadaan yang baik dan hebat!
2 cheese cakes:
salam..
hai cek yun..
1st skali sy knal akk yg chomel tu..dh lame xjmpe die..yg same2 giler korea kn..hahhaha
kem salam kat die ek.. ^^
arghhhhhhhhhh..sedapnyer
teringinlah nk g gak tutty2 ni tp xtau katner..katne ek.. ~____~
wslm..
haah.gile la jugak..hehe..
tuttifruty tu kt damansara..
jalan dpan sikit dr ikea.
serius sedap. nk ikut kalo nk g! hehe
Post a Comment