Kawan-kawan kita mesti kuat.
Secara tiba-tibanya teringat peristiwa tahun lepas.
Sebab waktu ramadhan tahun lepaslah bermulanya langkah pertama untuk program AUSMEX tu.
Apa lagi, menyiapkan proposal lah.
Dan tahun ini perkara yang sama berulang.
Cuma bezanya kali ini saya hanya pemerhati.
Kebetulan semalam menemani kawan pergi jumpa deputy dean.
Dan memang waktu tu 2 proposal international trip di submit.
Terus mengenang peristiwa lama.
Alkisahnya waktu rancangan ni diusulkan banyak pihak yang tak setuju.
Ada yang cakap program ni nanti lagi banyak buruknya.
Dan ada yang cakap program ni tak menarik dan buang duit sahaja.
Ok, fine. Cakaplah apa-apa pun. Saya bertekad redah semuanya.
Maklumlah, mulut orang kita tak boleh tutup.
Selepas kami sebulat suara nak buat program ni, saya terus rujuk senior saya yang pernah buat program pergi korea dulu. (thanks to kak sarah sufian, you are the best!)
Ambil segala dokumen untuk rujukan.
Then start working on proposal waktu bulan ramadhan.
Seminggu sebelum raya proposal berjaya disubmit.
Madam kata lepas raya datang lagi.
Seminggu lepas raya kami datang, madam tak sentuh pun lagi!
Tak apalah, datang lagi the next week.
Still, benda yang sama berlaku.
Sebab madam terlalu busy.
Mungkin juga sebab madam tak pernah terima proposal international program.
Jadi kenalah check satu-persatu.
Kali ke-3 datang, madam masih tak check.
Madam kata ‘saya dah malu dengan kamu’ jadi kami bincang sama-sama proposal tu.
Akhirnya, ada beberapa benda yang perlu dibetulkan.
Setelah tiga kali draft barulah proposal approved.
Sekarang, proposal kena submit pula ke deputy rector.
Seminggu lepas submit ke deputy rector, kami dikejutkan dengan statement
‘proposal rejected. Kamu tak belajar buat proposal ke?’
PM pun pergi ambil semua proposal tu untuk dibuat semula.
Waktu memang sangat down.
Sebab memang semua tak ada pengalaman buat international program ni.
Saya dan farhana(An) pun pergilah mengadu dekat madam.
Waktu tu dengan selambanya madam kata ‘buat ajelah semula. Saya punya proposal pun banya kali kena reject’
Sedangkan deputy rector punya proposal pun kena reject, inikan lagi student punya proposal.
Ok, kami (saya dan An) pun decide untuk pergi jumpa kak mai untuk minta contoh proposal format yang baru.
Alhamdulillah, setelah dibuat semula dan disubmit, deputy rector approve proposal tu.
Sekarang, proposal kena hantar ke ministry of higher education kat putrajaya.
Tapi macam mana?
Kami semua tak tahu.
Waktu orang lain tengah cuti, kami pun ambil keputusan untuk datang UIA waktu cuti.
Hanya untuk selesaikan proposal.
Kami pun ke STAD untuk tanya macam mana nak hantar proposal ke putrajaya ni.
Rupa-rupanya kami kena post sendiri proposal tu ke alamat ketua setiausaha(KSU).
Kemudian, abang mat yang kene follow up.
Selepas seminggu hantar ke putrajaya kami kena ambil sendiri proposal tu.
Pada hari yang dijanjikan kami pun berangkat ke putrajaya.
Sewaktu proposal dapat di tangan, lega sangat.
An pun recheck lagi proposal.
Alamak, datuk KSU lupa nak sign kat proposal.
Dia sign kat surat sahaja.
Kami pun tunggu dekat 2 jam dan akhirnya Alhamdulillah, selesai sudah proposal..
Kawan-kawan, saya bukan nak ceritakan kesusahan saya waktu menguruskan proposal.
Tapi saya nak beritahu, kita harus kuat! Azam kita kena takad.
Jangan buat kerja separuh jalan.
Berputih tulang jangan berputih mata!
Kalaulah kami awal-awal lagi dah berputus asa waktu proposal kena reject tu, tak mungkin kaki-kaki ni boleh memijak PERTH.
Dan sekarang tengoklah.
Banyak manfaatnya dari program tu untuk mereka yang berfikir.
Program seminggu tu usahanya hampir setahun!
Dan saya rasa sangat berbaloi dan syukur yang teramat.
Moga orang lain pun rasa yang sama.
Bonding yang dapat ke perth tu terasa sampai ke hari ni.
Oleh itu kawan, terutamanya yang sedang working on mana-mana proposal,
Jangan mudah putus asa. Jadilah kreatif untuk selesaikan konflik-konflik yang ada.
Sebab hidup ni bukan mendatar. Perlu ada naik turunnya.
Barulah kita rasai kenikmatannya.
Semoga Berjaya semuanya..
Moga Allah permudahkan semua urusan kita...ameeen..
Ramadhan Mubarak.
1 cheese cakes:
omg Fauzun eja penuh la! takda short form pun!
Post a Comment