Tuesday, July 6, 2010

pemuda itu..

bismillah..

hasan al-banna ada mengigatkan supaya pemuda-pemuda diutamakan. kerana pemuda yang akan mencorak masa depan. kepimpinan seterusnya akan diwarisi mereka. hati mereka perlu dikuatkan dengan al-quran. aqal mereka perlu diasah dengan ilmu. hati dan perasaan mereka harus dijaga.

bila terdengar ceramah mengenai pemuda, saya terus teringat kepada realiti sekarang. mungkin benar, pemuda sekarang kurang diberi perhatian. sebagai contoh, ketika sibuk menguruskan program kami kesempitan wang. dari syarikat ke syarikat kami mohon. namun, keputusannya mengecewakan.

harapan agama..

bagi saya untuk syarikat yang besar, setakat seribu dua apalah sangat. tapi besar bagi kami. duit itu tanda sokongan. sekurang-kurangnya kami dapat rasakan kami tidak bersendirian. tapi, bila artis nak buat concert, ramai yang berlumba-lumba untuk memberikan tajaan. tidak hairanlah gejala sosial semakin menjadi-jadi. mungkin golongan dewasa dalam masyarakat boleh menjadi penyebab masalah ini.

tapi biar apa pun alasannya pemuda hari ini harus kental! tak mudah goyah dek ujian. kesenangan itu boleh membinasakan. saya berazam untuk membantu pemuda2 bila dah tua kelak..ingatlah panji islam itu PASTI akan tertegak cuma adakah tangan2 kita yang menegakkan panji ini.

penat pulak tulis ayat skema ni. akhir kata,tunjukkan keprihatinan anda terhadap pemuda2. walaupun secawan kopi besar maknanya buat kami para pemuda... :)

0 cheese cakes: